CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim Ambil Kesempatan Berbuka Dengan Rakyat Malaysia Di Jeddah

24-3-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4019| Komen: 2

Description: Jeddah: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama-sama 200 rakyat Malaysia yang tinggal di sini untuk berbuka puasa bersama-sama mereka pada hari pertama Ramadan (23 Mac).
Jeddah: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama-sama 200 rakyat Malaysia yang tinggal di sini untuk berbuka puasa bersama-sama mereka pada hari pertama Ramadan (23 Mac).

Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi tiba di Konsulat Malaysia di sini kira-kira jam 6 petang waktu tempatan.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


Foto: Harian Metro

Biarpun berada di Timur Tengah, juadah Malaysia tidak dilupakan dalam hidangan antaranya kuih seri muka dan minuman sirap bandung.

Anwar dalam ucapan ringkasnya mengucapkan kesyukuran kerana berpeluang melawat Arab Saudi dalam bulan Ramadan ini.

"Kebetulan kita dapat menyambut Ramadan dan kebetulan dapat beramah mesra dengan saudara-saudari. Semoga kita dapat pulihkan imej negara, angkat martabat umat Islam dalam negara," katanya.


Terdahulu, Perdana Menteri berpeluang bertemu komuniti perniagaan tempatan dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam di sini dan berucap di hadapan mereka.

Dalam ucapannya, Anwar mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

Beliau dijangka mengakhiri lawatan rasminya di Arab Saudi esok.

Hampir 5,000 rakyat Malaysia tinggal di Arab Saudi dan kira-kira 800 orang daripada mereka berada di Jeddah dan Makkah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-3-2023 12:57 PM
Wah wah wah sonok ko ehhhhh bangnon
Quote Perwira2022 24-3-2023 01:09 PM
Berjalan merata je kejenya.... Nak settlekan harga ayam pun tak mampu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042141 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top