CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diburu Kerajaan India- Zakir Naik Selamat, Dilindungi Kerajaan Oman

24-3-2023 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5420| Komen: 24

Description: Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik masih berada dalam keadaan selamat dan dilindungi kerajaan Oman selepas tiba di negara itu untuk menyampaikan ceramahnya semalam dan esok.
Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik masih berada dalam keadaan selamat dan dilindungi kerajaan Oman selepas tiba di negara itu untuk menyampaikan ceramahnya semalam dan esok.

Mengesahkan perkara itu adalah peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan Zakir Naik berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik di Muscat, Oman.


Menurutnya, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel.


Foto: Google

"Zakir juga memaklumkan, laporan mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan.

"Malam tadi beliau sudah selesai menyampaikan ceramahnya dan satu lagi akan diadakan esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, selepas itu dia akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat diperincikan perjalanan pulang itu demi keselamatannya.

Harian Metro semalam melaporkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang menjadi buruan di India tiba di Muscat, Oman bagi menyampaikan ceramahnya selepas tarawih pada malam semalam dan esok.

Zakir Naik sebelum ini menetap di Malaysia selepas berdepan dakwaan mahkamah di India berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.

Malah kerajaan India juga menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisi penceramah kontroversi, Zakir Naik, pada Januari 2018. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-3-2023 12:24 PM
Zakir Naik sebelum ini menetap di Malaysia selepas berdepan dakwaan mahkamah di India berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.







Quote mojarean_X 24-3-2023 12:45 PM
Alhamdulillah lega mendengarnya
Quote rosedemon 24-3-2023 12:58 PM
Xpyh la layan zkr naik ni
Quote SalenaGomez 24-3-2023 01:00 PM
rosedemon replied at 24-3-2023 12:58 PM
Xpyh la layan zkr naik ni

SG suka dgr sbb hujah dia tu ada content …bkn main sebut je
Quote aHoi83 24-3-2023 01:09 PM
Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan
Quote Zazama 24-3-2023 11:59 PM
Semoga sentiasa dalam lindunganNYA..
Quote Lagubestbest 25-3-2023 12:44 AM
SalenaGomez replied at 24-3-2023 01:00 PM
SG suka dgr sbb hujah dia tu ada content …bkn main sebut je

yup. tapi cara dia berdakwah gitu betul2 berani la. selamber je kuat2 kata tuhan dan agama penduduk majoriti kat sana salah. salah betul belakang kira, tapi mmg expected la hujung2 kena buru.
Quote I.K.A888990 25-3-2023 12:45 AM
Alhamdulillah semoga sentiasa dilindungi
Quote Sesuatu… 25-3-2023 07:23 AM
Fuh patut la fee Akberdin ni mahal. Mmg high profile ye.

Yg heran terselit pishrosh jadi klien jugak
Quote SalenaGomez 25-3-2023 07:42 AM
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:44 AM
yup. tapi cara dia berdakwah gitu betul2 berani la. selamber je kuat2 kata tuhan dan agama pendudu ...

Mungkin style dan cara kat sana begitu. Kena firm dan terang2 bgtau…kalau x nanti byk kona sana sini orang sana kan
Quote Decaffeinated 25-3-2023 08:59 AM
SalenaGomez replied at 25-3-2023 07:42 AM
Mungkin style dan cara kat sana begitu. Kena firm dan terang2 bgtau…kalau x nanti byk kona sana s ...

Try la pendakwah agama lain buat macam tu kat malaya tengok siapa lagi kuat kona



Quote primarikey 25-3-2023 09:06 AM
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:44 AM
yup. tapi cara dia berdakwah gitu betul2 berani la. selamber je kuat2 kata tuhan dan agama pendudu ...

Inilah ulamak sebenar...yg salah dia ckp salah..wlpn perkara tu akn membahayakn diri dia sendiri....bkn mcm ularmak kt negara pasir berdengung...ikut telunjuk kerajaan...
Quote primarikey 25-3-2023 09:10 AM
SalenaGomez replied at 25-3-2023 07:42 AM
Mungkin style dan cara kat sana begitu. Kena firm dan terang2 bgtau…kalau x nanti byk kona sana s ...

Zaman nabi pn dulu mcm tu jgk sis...yg salah tetap nabi ckp salah...xdenya nabi nk konar baring semata2 nk jaga hati org kafir...itulah caranya berdakwah...beri kesedaran kpd org ramai apa yg salah dan apa yg betul...cuma tu la...org2 india tu x bole terima kebenaran...tetap anggap agama dorg yg betul...benci betul dorg kt org islam...smp kn org islam nk mkn lembu pn x bole...apooo
Quote SalenaGomez 25-3-2023 12:52 PM
primarikey replied at 25-3-2023 09:10 AM
Zaman nabi pn dulu mcm tu jgk sis...yg salah tetap nabi ckp salah...xdenya nabi nk konar baring se ...

Itulah kalau agama penyembah api…setan agaknya lebih kuat …beza dgn agama samawi…agama samawi sekurang2 nya percaya juga pada Allah walaupun ada konsep trinity atau rasa bangsa dia je yg teragung
Quote SalenaGomez 25-3-2023 12:57 PM
Decaffeinated replied at 25-3-2023 08:59 AM
Try la pendakwah agama lain buat macam tu kat malaya tengok siapa lagi kuat kona

Kalau nak berdakwah ujian mmg banyak liku nya, bukan semua org suka termasuk org yg seagama…tapi ganjaran  dr Allah tu masyaAllah sgt hebat…

Berdakwah ni wajib pada semua org islam. Bkn tugas ulama dan pendakwah je…SG cuba juga slow2 dgn kawan2 office dan juga cubamembawa moral yg baik as org islam..
Quote zamzam 25-3-2023 01:00 PM
rosedemon replied at 24-3-2023 12:58 PM
Xpyh la layan zkr naik ni

Xder saper suruh kau layan.
Quote Decaffeinated 25-3-2023 06:52 PM
primarikey replied at 25-3-2023 09:10 AM
Zaman nabi pn dulu mcm tu jgk sis...yg salah tetap nabi ckp salah...xdenya nabi nk konar baring se ...

Zaman dah berubah, nak berdakwah kena juga cerdik jgn sampai offend agama lain orang jadi makin jauh. Pernah dengar hikmah? Remember, as much as you think you are right, they think they are right too. Udahnya jadi taliban berperang ja lah.

Quote zorrro_03 25-3-2023 07:01 PM
Moga Allah lindungi Dr Zakir dan seluruh ummat Islam. Ameen
Quote Redskin 25-3-2023 07:33 PM
Decaffeinated replied at 25-3-2023 06:52 PM
Zaman dah berubah, nak berdakwah kena juga cerdik jgn sampai offend agama lain orang jadi makin ja ...

You cannot tell the truth without offending the other party.

Mendapat hidayah itu milik Allah, kalo hati dah hitam tertutup, cakapla macamana pon, ceramah la baik2 sampai berbuih mulut pon, takkannya kapir tu nak memeluk Islam.

Takkan tak pernah dengar "The Truth Hurts but it's Better than Living with a Lie.

Ramai media2 kapiaq buat fitnah cuba memburukkan Islam tetapi Islam tetap juga the fastest growing religion in the world.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054150 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top