CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo Ucap Salam Ramadan, Peminat Seluruh Dunia 'Cair'

24-3-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3908| Komen: 2

Description: Cristiano Ronaldo memenangi hati peminat di Internet selepas membuat satu mesej kepada penganut Islam di seluruh dunia yang menyambut permulaan Ramadan tahun ini.
Cristiano Ronaldo memenangi hati peminat di Internet selepas membuat satu mesej kepada penganut Islam di seluruh dunia yang menyambut permulaan Ramadan tahun ini.

Ia berikutan bulan suci Ramadan bermula 23 Mac dan berakhir 22 April depan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Ronaldo yang menjadi duta tidak rasmi Arab Saudi, menggunakan kesempatan dengan mengucapkan salam Ramadan kepada seluruh peminat beragama Islam.


Foto: Google

“Selamat menyambut Ramadan kepada penganut agama Islam,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Ciapannya itu jelas mengujakan peminatnya apabila ramai yang membalas dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyerang kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr berusia 38 tahun itu.

Ia bagaimanapun bukan kali pertama Ronaldo mengucapkan salam Ramadan kepada peminatnya kerana dalam hantaran di Facebook dua tahun lalu.


Malah, dia turut tidak melupakan hari bermakna buat penganut agama Islam ketika dia masih beraksi dengan kelab terdahulunya, Manchester United.

Sehingga kini, hantaran tersebut menerima lebih 500,000 tanda suka di Twitter. -CARI

Sumber: mStar/Sportkeeda

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-3-2023 12:53 PM
Apa yg minat benor ngn ronaldo ni xpaham aku
Quote matamata 24-3-2023 01:13 PM
Bodo punya isu... Sama bodo dgn wartawan sekali

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092925 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top