CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3885|Reply: 2

Cristiano Ronaldo Ucap Salam Ramadan, Peminat Seluruh Dunia 'Cair'

[Copy link]
Post time 24-3-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Cristiano Ronaldo memenangi hati peminat di Internet selepas membuat satu mesej kepada penganut Islam di seluruh dunia yang menyambut permulaan Ramadan tahun ini.


Ia berikutan bulan suci Ramadan bermula 23 Mac dan berakhir 22 April depan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Ronaldo yang menjadi duta tidak rasmi Arab Saudi, menggunakan kesempatan dengan mengucapkan salam Ramadan kepada seluruh peminat beragama Islam.




Foto: Google




“Selamat menyambut Ramadan kepada penganut agama Islam,” tulisnya dalam ciapan tersebut.


Ciapannya itu jelas mengujakan peminatnya apabila ramai yang membalas dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyerang kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr berusia 38 tahun itu.


Ia bagaimanapun bukan kali pertama Ronaldo mengucapkan salam Ramadan kepada peminatnya kerana dalam hantaran di Facebook dua tahun lalu.


Malah, dia turut tidak melupakan hari bermakna buat penganut agama Islam ketika dia masih beraksi dengan kelab terdahulunya, Manchester United.


Sehingga kini, hantaran tersebut menerima lebih 500,000 tanda suka di Twitter. -CARI


Sumber: mStar/Sportkeeda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:53 PM | Show all posts
Apa yg minat benor ngn ronaldo ni xpaham aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punya isu... Sama bodo dgn wartawan sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.315552 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list