CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Panjat Gunung Kinabalu Pakai Sut Lengkap Macam Nak Ke Pejabat, Siap Pakai Kasut Kulit Dan Beg Bimbit

24-3-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4666| Komen: 8

Description: Seorang lelaki warga Jepun tular di media sosial menyaksikan dirinya lengkap berpakaian sut mendaki Gunung Kinabalu dalam keadaan bersahaja.
Seorang lelaki warga Jepun tular di media sosial menyaksikan dirinya lengkap berpakaian sut mendaki Gunung Kinabalu dalam keadaan bersahaja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rogonnabalu_25 kelihatan pada mulanya lelaki dikenali Nobutaka Sada berkata, dia ada ‘mesyuarat’ di atas puncak gunung tersebut.


Nobutaka dengan lengkap berpakaian sut, bertali leher, memakai kasut kulit dan membawa beg bimbit juga berjaya mendaki ke puncak sebelum turun semula tidak lama selepas itu.



Bagaimanapun, ia sebenarnya hanyalah gimik untuk mempromosikan sut yang dipakainya sewaktu mendaki.

“Dalam perjalanan pulang, di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, tiba-tiba ada orang tanya ‘awak panjat Gunung Kinabalu pakai sut tu?’

“Seseorang bertanya kepada saya dan saya fikir macam mana dia tahu. Kemudian orang itu berkata dia melihat video saya tular di TikTok.


“Kemudian saya membuat carian dan melihat video saya yang dimuat naik oleh seorang warga tempatan telah tular di TikTok,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.



Ramai yang kagum dengan Nobutaka yang boleh dianggap telah mencipta sejarah apabila mendaki gunung dengan berpakaian formal.

“Serius, kasut dia mesti selesa. Kalau aku pakai kasut mendaki macam itu, mesti sakit tapak kaki,” komen Bro Sharil.

“Santai sahaja dia pakai sut pergi naik gunung. Kalau kita ini, segala benda nak diangkut dalam beg siap pakai tebal-tebal,” komen seorang pengguna.

“Sampai puncak pun masih ‘maintain’ kemas, betul-betul santai macam pergi pejabat,” komen pengguna yang lain pula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 24-3-2023 10:58 AM
dia xsemput ke eh....
ke sampai atas bru tuko baju
Quote white_musk 24-3-2023 11:06 AM
baju raya, baju melayu, baju kerja, baju sekolah, baju kelawar baju tido semua sudah...
baju apa lagi belum?
Quote shernazz 24-3-2023 12:38 PM
sangbara2020 replied at 24-3-2023 10:58 AM
dia xsemput ke eh....
ke sampai atas bru tuko baju

Iols tengok gambo kat fb mmg masa naik TU dia pakai suit TU
Nak promot brand dia kan..sada kalau tak silap
Quote rosedemon 24-3-2023 12:54 PM
Pasni pakai bikini plak ya tingin nak tgk
Quote SWORKS27 24-3-2023 12:57 PM
rosedemon replied at 24-3-2023 04:54 AM
Pasni pakai bikini plak ya tingin nak tgk

berani buat la..nanti aki nabalu ngamukan..ujar mrika
Quote makita 24-3-2023 12:57 PM
shernazz replied at 24-3-2023 12:38 PM
Iols tengok gambo kat fb mmg masa naik TU dia pakai suit TU
Nak promot brand dia kan..sada kalau t ...

Ye betul...brand SADA pada yang lupa
Quote shernazz 24-3-2023 02:38 PM
makita replied at 24-3-2023 12:57 PM
Ye betul...brand SADA pada yang lupa

Mesti mahai kan kalau tempah ni...kalah lords tailor gamaknya
Quote vanillaninja 24-3-2023 02:47 PM
Pakai leather shoes yang tak menahan tu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.108865 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top