CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Sekolah Rendah Bunuh Teman Lelaki Curang, Tanam Mayat Di Taman

22-3-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5491| Komen: 4

Description: LONDON – Seorang guru sekolah rendah di Britain sempat merakam swafoto dalam bilik tidurnya selepas membunuh teman lelakinya yang curang dan menanam mayat mangsa di sebuah taman.
LONDON – Seorang guru sekolah rendah di Britain sempat merakam swafoto dalam bilik tidurnya selepas membunuh teman lelakinya yang curang dan menanam mayat mangsa di sebuah taman.

Daily Mirror melaporkan, Fiona Beal, dituduh menikam Nicholas Billingham, 42, di bilik tidur mereka pada November 2021 sebelum membungkus mayatnya menggunakan beg sampah dan permaidani serta menanamnya.



Fotoa: SWNS

Mahkamah Diraja Northampton turut ditunjukkan dengan beberapa gambar yang dirakam wanita berusia 49 tahun itu di dalam bilik tidurnya.

Salah satu imej itu menunjukkan Beal memakai baju panas berwarna hitam serta tersenyum ketika dia berdiri di sebelah katil.

Sepupu Billingham, James Smith memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu seorang kaki judi dan hubungannya dengan Beal telah menjadi renggang.

“Nick (Billingham) pernah berkata sebelum ini bahawa dia tertekan dan berasa ingin membunuh diri,” katanya.


Beal sementara itu mengaku membunuh teman lelakinya di rumah mereka tetapi menafikan dia bertindak demikian kerana keadaan fikirannya pada masa itu.

Perbicaraan itu akan diteruskan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-3-2023 10:22 AM
elok sarah buat cmtu kat sol
Quote supernaturalee 23-3-2023 11:02 AM
rosedemon replied at 23-3-2023 10:22 AM
elok sarah buat cmtu kat sol


Quote sangbara2020 23-3-2023 11:37 AM
elok sgt la mampos
Quote Sazreena 23-3-2023 01:01 PM
Kuatnya dia angkat karpet ngan mayat..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.199952 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top