CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Tampar Wanita Guna Piza Semasa Bergaduh

22-3-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4860| Komen: 8

Description: TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dia didakwa menampar muka seorang wanita menggunakan sekeping piza semasa mereka bertengkar.
TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dia didakwa menampar muka seorang wanita menggunakan sekeping piza semasa mereka bertengkar.

Fox News melaporkan, anggota polis mengunjungi sebuah kediaman selepas menerima panggilan kecemasan mengenai dakwaan keganasan rumah tangga, kata Pejabat Syerif Daerah Marion dalam afidavit penangkapan.

Di lokasi kejadian, suspek yang bernama Ortelio Lazaro Alfonso, 39, memberitahu bahawa dia bertengkar dengan seorang wanita.


Gambar Hiasan: iStock

Mangsa memberitahu bahawa dia ditampar di pipi kanannya menggunakan sekeping piza semasa bertengkar selepas Alfonso menjadi marah apabila mangsa mendisiplinkan individu lain dalam rumah tersebut.

Sos piza ditemui pada bahagian hadapan, kolar dan belakang baju mangsa serta di rambut dan telinganya. Mangsa membiarkan polis memeriksa kediaman tersebut di mana mereka menemui sos piza pada dinding dan siling dapur.


Alfonso kemudian ditahan dan mengaku bertengkar dengan mangsa. Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa dia hanya melempar kepingan piza itu dan terkena muka mangsa.

Alfonso yang ditahan atas tuduhan melakukan serangan fizikal bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 22-3-2023 06:30 PM
Sakit keeeee... maruah tercalar je la kot
Quote doridori_hi 22-3-2023 09:46 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..
Quote doridori_hi 22-3-2023 09:47 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..
Quote doridori_hi 22-3-2023 09:47 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..  

Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:48 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:48 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 09:49 PM
Makan lah dulu kot ye pun ..
Quote rosedemon 23-3-2023 10:22 AM
halaahhhh bukan sakit ponnnnnn

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051206 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top