CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sinar Ramadan, 1,025 Banduan Diampunkan UAE

22-3-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4973| Komen: 1

Description: 1,025 banduan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) umpama mendapat sinar baru apabila menerima pengampunan daripada Presiden Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan menjelang Ramadan.Pemimpin UAE itu memberikan penga ...
1,025 banduan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) umpama mendapat sinar baru apabila menerima pengampunan daripada Presiden Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan menjelang Ramadan.

Pemimpin UAE itu memberikan pengampunan kepada ratusan banduan setiap tahun, sempena bulan suci itu.



ORANG ramai membeli buah-buahan di Dubai, menjelang 1 Ramadan, yang bermula esok. FOTO AFP

The National melaporkan, arahan itu sebagai usaha kemanusiaan untuk memulihkan banduan dan meringankan beban keluarga mereka.

UAE juga akan berusaha menyampaikan sokongan penting kepada individu memerlukan di seluruh dunia sepanjang Ramadan.

Naib Presiden UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoumpada Ahad melancarkan kempen mengumpul dana satu bilion makanan untuk disumbangkan kepada golongan miskin dan kelaparan di seluruh dunia.

Kempen itu akan bermula pada hari pertama Ramadan dan diteruskan sehingga sasaran itu tercapai.


Ramadan adalah bulan kesembilan, paling suci dalam kalendar Islam atau Hijrah dan bulan al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Umat Islam mula berpuasa dari matahari terbit sehingga terbenam setiap hari dalam sebulan yang biasanya berlangsung selama 29 atau 30 hari.

Selain menahan diri daripada makan dan minum, Ramadan juga adalah masa umat Islam menguatkan iman melalui solat serta memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Ketakwaan semakin bertambah pada 10 hari terakhir iaitu malam Lailatul Qadar, hari dikatakan al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ia secara tradisinya disambut pada malam ke-27 Ramadan di sesetengah negara, tetapi tarikh sebenar tidak diketahui.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-3-2023 10:48 PM
Alhamdulillah...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.168067 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top