CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna LinkedIn Tular Kerana Kerap Tukar Kerja Lepas Semua Syarikat Mengalami Kegagalan

22-3-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5072| Komen: 6

Description: Bukan kerana kemahirannya yang unik, sebaliknya profil seorang pengguna laman web LinkedIn menjadi tular kerana terlalu kerap bertukar kerja.Menariknya, semua syarikat di mana pengguna akaun itu beker ...
Bukan kerana kemahirannya yang unik, sebaliknya profil seorang pengguna laman web LinkedIn menjadi tular kerana terlalu kerap bertukar kerja.

Menariknya, semua syarikat di mana pengguna akaun itu bekerja mengalami kegagalan, lapor NDTV.




Bukan itu sahaja, pengguna itu bahkan baru sahaja menyertai syarikat Credit Suisse yang dibeli oleh gergasi perbankan Switzerland, USB.

Profil itu tular selepas ia disiarkan di LinkedIn dan Twitter seorang wartawan Bloomberg, Trung Phan.

Senarai pekerjaan individu tersebut didedahkan iaitu bermula pada Mac 2012, dia menyertai syarikat Theranos yang akhirnya ditutup kerana dakwaan penipuan.

Pekerja itu kemudian berhenti selepas lima tahun bekerja dan menyertai syarikat WeWork pada April 2017. 



Dua tahun kemudian, dia terpaksa meninggalkan WeWork kerana ia menggugurkan saham terbitan awam (IPO) apabila pelabur membangkitkan kebimbangan mengenai kekuatan kewangan, hutang dan amalan tadbir urus korporat syarikat.

Individu tersebut kemudian menyertai syarikat mata wang kripto, FTX pada 2020 tetapi ia juga runtuh menjelang 2022.

Dia kemudian menyertai Silicon Valley Bank (SVB) dan bekerja selama tujuh bulan sebelum ia runtuh pada Mac tahun ini.



Pekerjaan terbaru individu tersebut adalah di Credit Suisse yang juga telah terjejas oleh kegawatan dalam pasaran kewangan dan dibeli oleh Kumpulan UBS.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pekanwoohoo 22-3-2023 12:14 PM
Kalau menurut pandangan konspirasi Prins Med, semua company dia join bakalan melingkup. Betul ke?
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:56 PM
suey sungguh

pegi mandi bunga lah
Quote Samerosie 22-3-2023 02:03 PM
Alamak dia yg bad luck kut hahaha
Quote krustykrab 22-3-2023 02:05 PM
Tak baik la tuduh org sial
Mula² baca tajuk ingatkn dia yg gagal.
Quote OyenLemas 22-3-2023 05:58 PM
jadi yg sebenarnnya? siapa yg punca? hahaha nak baca kt mana?
Quote OyenLemas 22-3-2023 05:59 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 02:05 PM
Tak baik la tuduh org sial
Mula² baca tajuk ingatkn dia yg gagal.

jadi yg sebenarnnya? siapa yg punca? hahaha nak baca kt mana?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.248203 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top