CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Lepas Nak Pam Air, Rupanya Ada Ular Sawa Main 'Cak-cak' Dalam Lubang Tandas

22-3-2023 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4763| Komen: 2

Description: Tular di Facebook apabila seorang individu berkongsi gambar ular sawa seberat 23 kilogram (kg) yang ditemui di dalam lubang tandas di sebuah rumah di Samut Prakan, Thailand, baru-baru ini.Thaiger mela ...
Tular di Facebook apabila seorang individu berkongsi gambar ular sawa seberat 23 kilogram (kg) yang ditemui di dalam lubang tandas di sebuah rumah di Samut Prakan, Thailand, baru-baru ini. 

Thaiger melaporkan, kehadiran reptilia itu disedari pemilik rumah selepas cubaannya mengepam air tidak berjaya sebelum terlihat 'sesuatu' bergerak dalam lubang tandas di bilik air.


The Thaiger via FB Khaosod

Justeru, dia menghubungi pasukan penyelamat tempatan yang datang membantunya untuk mengeluarkan ular sepanjang empat meter itu.

Menurut jurucakap pasukan keselamatan, usaha mengeluarkan ular sawa itu agak sukar sehingga mereka terpaksa memotong saluran kumbahan berkenaan.

Kataya, selepas beberapa jam 'usaha keras' itu, akhirnya ular seberat 23kg berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan selamat.

Salah satu gambar tular di Facebook menunjukkan ular tersebut sama saiz dengan botol minuman soda bersaiz 1.5 liter. 



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 22-3-2023 05:56 PM
teringat kes viral kt tiktok . ular sawa atas siling. seram ui
Quote rosmahisham 22-3-2023 05:59 PM
Thailand ni x bunuh ulae ke..byk btl kat sana..aku tgk rmh banglo kaw elit retis kat sana ada  je jumpa ular kat pasu2 bunga rmh derang!Ngeri wehh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084464 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top