CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dana Insurans Patah Hati', Lelaki Dapat Pampasan RM1,354 Kerana Dicurangi Kekasih

22-3-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4748| Komen: 3

Description: Bercinta juga ada polisi bayaran balik. Kerana itulah seorang lelaki di India menerima wang pampasan berjumlah 25,000 rupee (RM1,354) selepas dicurangi kekasihnya.Newsd melaporkan, perkongsian di lama ...
Bercinta juga ada polisi bayaran balik. Kerana itulah seorang lelaki di India menerima wang pampasan berjumlah 25,000 rupee (RM1,354) selepas dicurangi kekasihnya.

Newsd melaporkan, perkongsian di laman Twitter menunjukkan lelaki bernama Prateek Aaryan berkata, ganti rugi tersebut diterima hasil daripada perjanjian yang dibuat antara dia dan bekas teman wanitanya ketika mereka baru memulakan hubungan cinta.




“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354). 

“Ketika hubungan kami bermula, kami menyimpan wang sebanyak 500 rupee (RM27.70) setiap seorang pada setiap bulan yang didepositkan ke dalam sebuah akaun bank. 

“Kami membuat perjanjian bahawa sekiranya  sesiapa antara kami yang berlaku curang di kemudian hari, pihak satu lagi boleh mengambil semua wang tabungan tersebut. Ia dinamakan ‘Dana Insurans Patah Hati’,”  kata Prateek menerusi hantarannya.


Tambah Prateek, ramai wanita tidak mempercayai bahawa wang tabungan seperti itu memberi manfaat kepada sesebuah hubungan.

“Tabung ini khas untuk mereka yang setia sahaja,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 22-3-2023 01:28 PM
Bagus gak tu. Tau la siapa kaki cukur, sapa komited. Takde la dok meraung jaga jodoh org bagai lg.
Quote imanda 22-3-2023 02:13 PM
bagusnya buat agreement camni, tp kena legal la sign siap2 pastu cop dgn darah sekali kalo boleh haha
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:12 PM
bagus la mcm ni. haha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050218 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top