CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbaik TMJ, Belanja Harimau Malaya Makan Malam

22-3-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5384| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang tidak dapat dipisahkan sekiranya berbicara mengenai kebajikan pemain.
KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang tidak dapat dipisahkan sekiranya berbicara mengenai kebajikan pemain.

Sentiasa menjaga kebajikan pemain skuad JDT dilihat menjadi antara 'nadi' mengapa pasukan itu sentiasa berada pada tahap terbaik yang dibuktikan menerusi penguasaan dalam kancah domestik.


Namun tidak hanya kebajikan pemain skuad Harimau Selatan malah Tunku Ismail 'pergi' lebih daripada itu apabila turut mengambil berat terhadap pemain skuad Harimau Malaya.


Foto: FB

Skuad bimbingan Kim Pan Gon ketika ini menjalani kem latihan pusat di Johor Bahru bagi dua aksi persahabatan berdepan Turkmenistan dan Hong Kong.

Selepas memberikan fasiliti untuk sesi latihan, Tunku Ismail menganjurkan makan malam buat keseluruhan skuad kebangsaan yang diadakan malam tadi.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi laman Johor Southern Tigers dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Tunku Ismail menerusi hantaran Facebooknya.



Foto: FB

"Menjunjung kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas perkenan baginda menjemput barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam," kata FAM.

Tindakan Tunku Ismail itu mendapat pujian daripada penyokong bola sepak tempatan dan ia dapat disaksikan menerusi laman komen di media sosial FAM.


Foto: FB


"Alhamdullilah terbaik Tuanku. More than manager," kata Putra Zulaked.

A Alim Abu Bakar berkata 'memang terbaik TMJ melayan tetamu' manakala Syafiq Ikhwan berkata 'FAM patut berterima kasih kepada TMJ banyak beri sumbangan.' -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 22-3-2023 11:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?
Quote kitmal9545 22-3-2023 12:05 PM
Takda yang wow...dia kayo
Quote plywood 22-3-2023 12:18 PM
margo20 replied at 22-3-2023 11:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?

ni ada dalam bolasepak..


ada masanya kelab akan layan pemain mereka spt budak sekolah kena pakai pakaian sama, makan sama-sama... nak latih perasaan dan mental tentang kebersamaan, disiplin dan satu hati kot.. tetapi ini jugak bergantung jugak kepada pengurusan kelab, ada jer yang tak buat semua ni

Quote HabukBesi 22-3-2023 12:32 PM
margo20 replied at 22-3-2023 11:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?

diorang dalam kem kebangsaan, so memang kemana-mana akan pakai baju khas
Quote Decaffeinated 22-3-2023 12:54 PM
Pawi tak join eh?
Quote SWORKS27 22-3-2023 12:56 PM
haku kalau Manyak duit macam TMJ...skuad Wanita Thailand pun aku akan taja makan malam
Quote SWORKS27 22-3-2023 12:57 PM
margo20 replied at 22-3-2023 03:59 AM
Pegi mkn pun pakai baju bola?

x kan nak pakai baju melayu kot
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:11 PM
TMJ sentiasa terbaik
Quote zuuu 22-3-2023 07:30 PM
Decaffeinated replied at 22-3-2023 12:54 PM
Pawi tak join eh?

Bukan nama dia dh digugurkan dari senarai skuad harimau malaya ke???aq baca kat thread mana tah...tapi yelah dia pon dh bhijrah ke thailand tahun ni kan maybe nak fokus ngan kelab sana je kut
Quote rosedemon 23-3-2023 10:13 AM
terpalingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
Quote Rogue98 23-3-2023 10:16 AM
Syok lerrrr....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.352578 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top