CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sebelum Jatuh Laut, Arwah Suami Kata Kalau Lepas Bayar Yuran Sekolah Anak Pun Jadilah"

22-3-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6440| Komen: 30

Description: Pekan: "Sebelum suami saya jatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan WhatsApp menyatakan tangkapan udang kurang... (kalau) lepas bayar yuran sekolah anak jadilah," kata Halimatul Noor Akira Omar, ...
Pekan: "Sebelum suami saya jatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan WhatsApp menyatakan tangkapan udang kurang... (kalau) lepas bayar yuran sekolah anak jadilah," kata Halimatul Noor Akira Omar, 30, isteri kepada seorang nelayan yang ditemukan lemas selepas jatuh ke laut, kira-kira lima batu nautika dari jeti Kampung Nenasi, dekat sini, Khamis lalu.


Halimatul Noor Akira berkata, suaminya, Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz, 35, keluar rumah jam 8.30 pagi dan difahamkan turun ke laut, 3.30 petang, Rabu lalu.

Dia dipercayai terjatuh ke laut, awal pagi Khamis, ketika menangkap udang bersama dua lagi rakannya.


Foto: Harian Metro

Menurut ibu tiga anak itu, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya, kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu, selepas dihubungi oleh adik iparnya.

Katanya, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya ketika itu.

Ketika itu, dia tetap berdoa semoga suaminya ditemukan selamat walaupun ia agak mustahil.

"Saya tidak pernah menduga dengan apa yang berlaku, arwah tidak menunjukkan kelainan, malah kehidupan kami sekeluarga sentiasa ceria melayan tiga cahaya mata, Muhammad Naqib Ramadhan, 6: Nur Hanan Aiman, 3, dan Muhammad Harraz Rizqi, 11 bulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beluru, Nenasi, dekat sini, semalam.

Beliau menambah, beberapa hari sebelum kejadian, dia melihat perubahan pada diri suaminya apabila banyak termenung sambil duduk sendirian.

Halimatul Noor Akira berkata, dia masih ingat arwah pernah menyatakan dia tidak berminat turun ke laut lebih daripada tiga orang dalam satu bot, alasannya kalau ramai, pendapatan akan diraih berkurangan.

"Saya bersyukur akhirnya mayat suami ditemukan jam 10.30 pagi Khamis, selepas tersangkut dalam pukat yang dipasang oleh nelayan yang terbabit dengan operasi pencarian.

"Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun terlalu pahit untuk dilalui, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Saya perlu tabah menghadapi ujian yang begitu berat ini," katanya yang kini tinggal bersama ibu, Zainab Muhamad, 62, yang mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-3-2023 11:38 AM
Allahuakbar..bertabah la ye kaka..sedih plak baca cerita ni..
Quote -Suri- 22-3-2023 11:49 AM
Salam takziah..dah la esok nak posa, mesti terasa sgt kehilangan tu
Quote airmineral 22-3-2023 11:51 AM
takziah
sedihhhh
moga ada rezeki utk yg hidup dan dipermudahkan urusan
Quote samperit 22-3-2023 12:25 PM
kesiannya... dah lah untung x seberapa
Quote s@s@ 22-3-2023 12:41 PM
innalillah.... terkorban dlm nak cari rezeki
Quote sue_liah 22-3-2023 12:48 PM
tunggak keluarga kalau dh tak da..mcm patah sayap sebelah

sedihnya la sbb tgh mencari rezeki
Quote pu3_rania 22-3-2023 01:07 PM
Edited by pu3_rania at 22-3-2023 01:09 PM

Ya Allah
Sebaknya baca kisah ni
Kalau ada bank account details nak menderma
Quote anisa 22-3-2023 01:20 PM
Sedihnya...sy kemurungan kalo baca kisah2 mcm ni..dh la hidup dlm kemiskinan, ketua keluuarga pula mninggal. Smoga kluarga arwah mndapt kekuatan
Quote becir 22-3-2023 01:26 PM
Alahai, bila baca ni terbayang life tahun 70an, 80an rakyat malaysia majority susah, kisah camni normal je. Sedihnya, takde no account ke
Quote matchstick 22-3-2023 01:28 PM
Innalillah..kesian nye anak2 yatim tu. Semoga nasib mereka terbela
Quote akies 22-3-2023 01:31 PM
Sedihnya..gigih cari rezeki hingga akhir nyawa
Quote dua_chzy 22-3-2023 01:56 PM
Takziah...Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.
Quote dekmieDandy 22-3-2023 02:21 PM
takziah, tapi nak puji family planning dia bagus, memang jarak tiga tahun sorang

takde pulak dia share no akaun ye, boleh belanja duit sikit

Quote SWORKS27 22-3-2023 02:26 PM
boleh tak kementerian pikirkan kaedah terbaik utk kurangkan yuran buku, itu ini utk pembukaan sekolah...kesian kepada yg kurang mampu dan anak ramai..sebab mahal sgt skrg ni..
buku yg x wajib pun seolah2 x da option utk tak beli...kualiti baju sukan pun teruk, tapi harga mahal...
mohon PMX masuk campur...Menteri x boleh pakai..PMX jugak superhero
Quote Meiizu 22-3-2023 02:26 PM
Org mcm ni me ollss stuju sgt dibantu..anak pun berjarak, laki masa hidup pun pikir anak sekolah...
Dari thread sebelah pibg rm30 pun merungut katanya sebb surirumah ...ko pegi keje lah
Quote zuliana29 22-3-2023 02:29 PM
dekmieDandy replied at 22-3-2023 02:21 PM
takziah, tapi nak puji family planning dia bagus, memang jarak tiga tahun sorang

takde pulak dia sh ...

khen.. kalau x, boleh lah menyumbang sikit walau x byk.. insyallah ramai yg nk membantu

semoga dipermudahkan urusan keluarga ni..
Quote Nuyak 22-3-2023 02:45 PM
Allahu kesiannya..niat nak cari duit utk yuran sekolah anak..sedih baca kisah2 mcm ni, terus muhasabah la diri bersyukur dengan segala nikmat yg ada...huhu
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:08 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Semoga tabah dan redha dan moga di mudahkan setiap urusan.
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:14 PM
SWORKS27 replied at 22-3-2023 02:26 PM
boleh tak kementerian pikirkan kaedah terbaik utk kurangkan yuran buku, itu ini utk pembukaan sekola ...

Jgn risau sebenarnya jika parents ada masalah kewangan boleh je maklumkan pada guru2 atau pkhem sekolah.
Kalau setakat buku tulis tu rasa ramai je masih boleh beli.Kebanyakan buku pilihan tak wajib beli dah.
Lagi satu parents kena selalu hadir jika mesyuarat PIBG supaya faham keadaan permintaan semasa.


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072567 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top