CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Buta Bertongkat Lari Bila JKM Buat Operasi

22-3-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5225| Komen: 15

Description: Pengemis warga asing bertongkat yang merayau sekitar kawasan Masjid India melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.
Pengemis warga asing bertongkat yang merayau sekitar kawasan Masjid India melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.


Sinar Harian melaporkan, lelaki lingkungan usia 50-an yang dilihat mempunyai masalah penglihatan itu diekori kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan.


Individu dipercayai menyamar mempunyai masalah penglihatan bertindak melarikan diri ketika Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.

Sedar dirinya diekori, dia yang dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan melarikan diri.

Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu yang turut hadir dalam operasi berkenaan berkata, ia melibatkan nilai kutipan wang oleh kesemua pengemis diselamatkan berjumlah RM9,668.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Norazman Othman berkata, operasi itu akan terus dipergiatkan dan akan dijalankan secara berkala.


Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Norazman Othman (tengah) ketika sidang akhbar Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.

Orang ramai diseru untuk memastikan surat ditunjukkan individu atau pertubuhan bagi membuat kutipan derma mendapat kebenaran pihak berkuasa dan adukan kepada JKM atau buat panggilan ke Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019261599 sekiranya mendapati kewujudan aktiviti mengemis. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 22-3-2023 07:37 AM
"Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terbanyak dalam masa sebulan dengan angka sekitar RM8,500."

Untunglah pendapatan mengemis RM8,500 tak perlu bayar income tax.

Yang lagi kelakar rata-rata yang hulur duit tu pendapatan mereka lebih rendah daripada si pengemis tu sendiri.
Quote pearl.silver 22-3-2023 08:57 AM
Bebal btul korang yg galakkn pengemis ni
Dgn bg duit kt diorg
Pengemis tu kaya berganda dr korang
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:16 PM
tawu pulak org buta ni ye bila jkm dtg.
Quote kam3n 22-3-2023 06:32 PM
Bantulah saudara mara, jiran-jiran, dan kawan-kawan terdekat dulu. Yang kita tahu betul-betul susah/terdesak. Usah lembut hati tak bertempat
Quote krustykrab 22-3-2023 06:52 PM
ultra78 replied at 22-3-2023 07:37 AM
"Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terban ...

Yg hulur tu motto diorg
" Kalau dia tipu itu antata dia dgn tuhan" ...adoiii no wonder la sampai skrg tak maju² org islam ni. Tuhan tak prnh suruh manusia jd bodoh. Tp manusia yg pilih utk diperbodohkn

Quote dani-rox 22-3-2023 07:03 PM
Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan.


Quote mejaputih 22-3-2023 07:12 PM
Pihak imigresen ada tak buat operasi mcm ni ..sbb makin berlambak2 pendatang
Quote tripleid 22-3-2023 07:20 PM
Mcm lawak plak ayat last tuh
Quote laqoyah 22-3-2023 07:47 PM
T20 punya pengemis…
Quote shernazz 22-3-2023 09:39 PM
Siapa ada juara
Hahaha
Quote Dovahkiin 22-3-2023 10:23 PM
Hallelujah, God have mercy!
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 10:34 PM
Abdullah Ibnu Maktum tersenyum sinis
Quote tahanie 22-3-2023 10:52 PM
Pernah tengok pengemis dihantar, dijemput. Scam paling teruk bagi berapa-berapa pun tetap sepeket tisu je nilainya
Quote kelapaparut 22-3-2023 11:00 PM
sbb tu kalu nak bersedekah, baik sedekah kat masjid jah, xpayahla nak bersedekah kat pengemis, pendapatan diworg lg bsr dr doktor, pilot, lawyer semue tu
Quote kotakbaju 22-3-2023 11:01 PM
Ini bukan ajaib. Ini temberang namanya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052291 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top