CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyampai Berita Cedera USB Dihantar Penjenayah Meletup Dalam Bilik Berita

22-3-2023 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5116| Komen: 0

Description: Penjenayah kini menyasarkan wartawan di seluruh Ecuador dengan menghantar alat letupan melalui pos.Malah, seorang penyampai berita, Lenin Artieda dilaporkan cedera apabila alat letupan seperti pemacu ...
Penjenayah kini menyasarkan wartawan di seluruh Ecuador dengan menghantar alat letupan melalui pos.

Malah, seorang penyampai berita, Lenin Artieda dilaporkan cedera apabila alat letupan seperti pemacu USB meletup setelah membuka sampul surat di tengah-tengah bilik berita.


Lapor BBC, mangsa memasukkan alat USB itu ke dalam komputernya sebelum terjadi letupan.


India Posts English

Jabatan Peguam Negara Ecuador mengesahkan kejadian itu dan pihaknya membuka kertas siasatan di atas keganasan tersebut.

Jabatan itu bagaimanapun tidak menamakan saluran berita khusus yang disasarkan penjenayah.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya lima organisasi berita berbeza di seluruh Ecuador menerima ‘surat’ tersebut.

Kerajaan Ecuador mengecam serangan itu dan menyifatkan kebebasan bersuara sebagai hak yang mesti dihormati.

“Sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan kewartawanan dan kebebasan bersuara adalah tindakan menjijikkan yang harus dihukum dengan semua ketegasan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.


Menteri Dalam Negeri Ecuador, Juan Zapata pula berkata, semua peranti itu dihantar dari bandar sama, di mana tiga dihantar ke media di Guayaquil dan dua ke ibu negara, Quito.

Peranti lain yang pernah dihantar menerusi pos ke media lain dikhabarkan gagal meletup atau tidak pernah dibuka.

Ketua Sains Forensik Ecuador berkata, peranti itu mengandungi bahan letupan yang digunakan tentera.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top