CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5096|Reply: 15

[Tempatan] Ajaib, si pengemis buta lari bila Jabatan Kebajikan datang

[Copy link]
Post time 22-3-2023 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-3-2023 11:27 AM

KUALA LUMPUR – Seorang pengemis yang menyamar memiliki kecacatan penglihatan bertempiaran lari apabila melihat kedatangan penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Masjid India, di sini, petang tadi.

Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan.

Sementara itu, seorang pengemis wanita warga Indonesia telah ditahan ketika membawa seorang bayi lelaki berusia 17 hari untuk memungut sedekah daripada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Melayu, Kampung Baru, di sini.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, bayi tersebut yang lahir pada 14 Mac itu dibawanya sejak seminggu lalu selepas tamat tempoh pantang.

Jelasnya, dia kembali memasuki negara ini secara haram pada 2019 dipercayai menggunakan khidmat warga tempatan meskipun pernah dihantar pulang ke negara asalnya pada tahun 2018 akibat ditahan Imigresen di sekitar Kuala Lumpur.

Wanita warga Indonesia yang membawa bayi berusia 17 hari diselamatkan anggota JKM di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
“Sehari dapat hampir RM100 tetapi belum ditolak kos pengangkutan datang ke sini (Masjid Jamek), pergi dan balik ke rumah dalam RM40 untuk grab. Saya tidak suka duduk di rumah, suami saya memang tak bagi saya mengemis tapi saya buat untuk cari duit lebih secara suka-suka,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terbanyak dalam masa sebulan dengan angka sekitar RM8,500.

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang memasuki Malaysia melalui pas lawatan sosial sejak 1 Mac lalu memberi alasan dirinya menetap di sebuah masjid sekitar Kuala Lumpur dan mendapat pendapatan tersebut hasil jual cincin batu di sekitar Masjid India.

Kesemua pengemis ini ditahan di dalam Operasi Pembasmian Aktiviti Pengemis di Sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur membabitkan kakitangan JKM yang bermula pada pukul 6 petang sehingga 8 malam hari ini.

Ketua Pengarah JKM, Norazman Othman berkata, seramai 16 orang ditahan membabit 10 warga asing dan 6 warga tempatan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183).

“Kesemua ditahan berusia 17 hari sehingga 55 tahun dibawa ke Pejabat JKM Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya dan jumlah rampasan operasi ini adalah sebanyak RM9,668 dan 255 Riyal Dirham.

“Kami akan menggiatkan operasi ini secara berkala dan bersepadu namun memerlukan persediaan yang lebih rapi, usaha ini berterusan dari semasa ke semasa dan menyasarkan bulan Ramadan bagi operasi yang seterusnya.

“Ibu negara sudah menjadi bertaraf bandar raya dan hal ini menyebabkan golongan tempatan dan warga asing menjana pendapatan melalui mengemis,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/03/22/pengemis-buta-bertempiaran-lari-lihat-penguat-kuasa-jkm/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terbanyak dalam masa sebulan dengan angka sekitar RM8,500."

Untunglah pendapatan mengemis RM8,500 tak perlu bayar income tax.

Yang lagi kelakar rata-rata yang hulur duit tu pendapatan mereka lebih rendah daripada si pengemis tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebal btul korang yg galakkn pengemis ni
Dgn bg duit kt diorg
Pengemis tu kaya berganda dr korang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tawu pulak org buta ni ye bila jkm dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantulah saudara mara, jiran-jiran, dan kawan-kawan terdekat dulu. Yang kita tahu betul-betul susah/terdesak. Usah lembut hati tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-3-2023 07:37 AM
"Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terban ...

Yg hulur tu motto diorg
" Kalau dia tipu itu antata dia dgn tuhan" ...adoiii no wonder la sampai skrg tak maju² org islam ni. Tuhan tak prnh suruh manusia jd bodoh. Tp manusia yg pilih utk diperbodohkn

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 07:03 PM | Show all posts
Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak imigresen ada tak buat operasi mcm ni ..sbb makin berlambak2 pendatang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lawak plak ayat last tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
T20 punya pengemis…
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ada juara
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hallelujah, God have mercy!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Abdullah Ibnu Maktum tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tengok pengemis dihantar, dijemput. Scam paling teruk bagi berapa-berapa pun tetap sepeket tisu je nilainya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu kalu nak bersedekah, baik sedekah kat masjid jah, xpayahla nak bersedekah kat pengemis, pendapatan diworg lg bsr dr doktor, pilot, lawyer semue tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan ajaib. Ini temberang namanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064772 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list