CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Gigi Bunuh Isteri Demi Nak Hidup Bersama Skandal

21-3-2023 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11122| Komen: 11

Description: Denver: Seorang doktor pergigian Colorado yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain disyaki membunuh isterinya.
Denver: Seorang doktor pergigian Colorado yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain disyaki membunuh isterinya.

Dia didakwa membunuh dengan mencampurkan minuman membina otot yang bercampur arsenik dan sianida.


James Craig, 45, ditahan pada Ahad kerana disyaki membunuh isterinya.


Foto: AP

Craig dijadual hadir ke mahkamah pada Khamis bagi mengetahui sama ada pihak pendakwaan memutuskan untuk memfailkan pertuduhan terhadapnya.

Ketika Angela Craig berada di hospital, doktor tidak dapat mengetahui apa yang salah dengannya namun polis di pinggir bandar Denver, Aurora, mendakwa suaminya itu bertemu dengan rakan rakan doktor gigi.

Berdasarkan bukti waran tangkap, polis mula menyiasat Craig selepas rakannya yang menjalankan amalan pergigian, Ryan Redfearn memberitahu seorang jururawat bahawa Craig memesan kalium sianida walaupun tidak memerlukannya untuk kerja mereka.


Polis percaya Craig meletakkan arsenik dalam minuman membina otot yang selalu dibuat kepada isterinya untuk latihan pada 6 Mac lalu.

Dia dikatakan mengarahkan penghantaran kalium sianida dengan memberitahu pembekal kononnya diperlukan untuk pembedahan.

Craig meminta seorang pengurus pejabat untuk tidak membuka bungkusan itu tetapi pekerja lain melakukannya yang membawa kepada penemuan dan akhirnya mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, kata dokumen itu.

Menurut dokumen itu, penghantaran ketiga yang didakwa dipesannya, oleandrin bahan beracun yang terdapat dalam daun tumbuhan oleander dirampas pihak berkuasa selepas mereka mula menyiasatnya.

Berdasarkan afidavit, Craig memberitahu Redfearn bahawa dia memesan kalium sianida untuk isterinya dan memberitahu pekerja sosial bahawa isteri membunuh diri selepas tertekan sejak meminta cerai pada Disember, walaupun kedua-dua anak mereka tidak berkata apa-apa mengenai cubaan membunuh diri itu.

Redfearn juga memberitahu penyiasat bahawa Craig berada di ambang muflis dan menghadapi masalah perkahwinan, menurut dokumen itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 21-3-2023 09:41 PM
kalau kat msia, mgkn xkantoi. dpt insurance juta2x.
Quote plywood 21-3-2023 10:09 PM
Quote primarikey 21-3-2023 10:32 PM
plywood replied at 21-3-2023 10:09 PM


Kesian ank comel2 jd yatim piatu
Mak meninggal..apak ke dalam
Quote edayildiz 21-3-2023 11:05 PM
mental ke
Quote doridori_hi 21-3-2023 11:10 PM
kesian anak anak
Quote theotherfriend 21-3-2023 11:17 PM
get a divorce!
Quote margo20 22-3-2023 09:28 AM
Haiyo ape la singkat sgt pemikiran doktor gigi pun
Quote safieyah1984 22-3-2023 04:28 PM
teringat kes chris watt bunuh bini sbb ada scandal. adoiii pendek akal betol
Quote supernaturalee 22-3-2023 04:51 PM

hah
tengok gigi masing2

practice pd anak bini jgk


Quote Supersirap 22-3-2023 04:53 PM
Apalah teruk dan keji perangai
Quote tri-max 22-3-2023 04:56 PM
kat sana kalau bercerai kos tinggi ya amat
so mmg planning dia nak bunuh je ..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062709 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top