CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertahun-Tahun Wanita Goda Pembunuh Suami, Berjaya Kumpul Bukti Dan Serahkan Pada Polis

21-3-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11652| Komen: 2

Description: Bogota: Dendam terhadap dalang penjenayah yang mengakibatkan kematian suaminya membuatkan seorang wanita Colombia sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun menggoda dan mengumpul bukti untuk membawa pe ...
Bogota: Dendam terhadap dalang penjenayah yang mengakibatkan kematian suaminya membuatkan seorang wanita Colombia sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun menggoda dan mengumpul bukti untuk membawa penjenayah itu ke muka pengadilan.


Kedengaran seperti filem Hollywood, namun wanita itu berjaya melakukan apa yang pihak berkuasa tidak dapat lakukan, lapor OddityCentral.

Wanita yang tidak dinamakan itu dipuji sebagai wira oleh polis dan wartawan di Cordoba, Colombia, selepas menghabiskan masa bertahun-tahun bersama penjenayah licik dan mengumpul bukti yang mencukupi untuk mendakwa suspek.

Foto: Oddity Central

Suspek dikenali Ruben Dario Viloria Barrios didakwa menyamar sebagai usahawan yang dihormati di bandar Cienaga de Oro.

Di sebalik tabir, dia adalah 'Juancho', seorang dalang penjenayah yang mendalangi penyeludupan dadah dan senjata api ke Amerika Tengah serta Amerika Syarikat selain mengarahkan percubaan pembunuhan terhadap saingan dan bekas rakan sekerja.



Berikutan penyamarannya dan tidak terbabit secara aktif dalam aktiviti jenayah, Juancho dapat menghalang pihak berkuasa mengesannya.


Selepas suami kepada wanita itu mati dipukul dengan arahan suspek atas sebab tidak didedahkan kepada umum, wanita itu dilaporkan mula mendekati Juancho dan akhirnya membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya.

Suspek akhirnya semakin mempercayai wanita itu sehingga dia berkongsi maklumat mengenai urusan jenayahnya, yang kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.

Polis mengesyaki aktiviti suspek itu sejak 2020 tetapi tanpa bukti yang cukup untuk mensabitkannya, mereka tidak dapat bertindak.

Menerusi maklumat diberikan wanita terbabit pihak berkuasa yakin untuk mendakwa suspek.

Juancho yang ditahan menerusi Operasi Corona oleh Gerakan Khas Polis Negara ketika menghadiri pertemuan dengan penjenayah lain di Monteria, kini berdepan penjara puluhan tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 21-3-2023 09:12 PM
Balu yg berjaya balas dendam be like:

Quote lotusteratai 22-3-2023 07:56 AM
boleh la rekrut jdi polis

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040535 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top