CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gantung Diri Selepas Seminggu Isteri Hilang, Jumpa Pula Tulang Dan Cebisan Anggota Tubuh Belakang Rumah

21-3-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10216| Komen: 2

Description: Penemuan tulang dan cebisan anggota badan di belakang rumah seorang lelaki yang ditemukan membunuh diri, dipercayai milik isterinya yang hilang selama lebih seminggu dalam kejadian yang berlaku di wil ...
Penemuan tulang dan cebisan anggota badan di belakang rumah seorang lelaki yang ditemukan membunuh diri, dipercayai milik isterinya yang hilang selama lebih seminggu dalam kejadian yang berlaku di wilayah Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand.


Pada 13 Mac lalu, Sittichoke yang berusia 30 tahun menghantar mesej melalui Facebook kepada ibu mentuanya: "Saya marah, ia melampau sangat. Saya minta maaf ibu."


Thaiger

Ibu bapa kepada Suthita atau Nam yang berusia 25 tahun, bergegas ke rumah menantu mereka dan mendapati Sittichoke menggantung diri. Bagaimanapun, anak perempuan mereka tidak dijumpai.

Ibu bapa Nam memfailkan laporan orang hilang di Balai Polis Khon Buri, menyatakan bahawa kali terakhir mereka melihatnya ketika anak perempuan mereka meninggalkan rumah bersama suaminya pada 11 Mac lalu.

Menurut laporan CH3, tulang dan bahagian badan seperti manusia ditemui di dalam kolam di belakang rumah suami isteri itu pada Ahad, dan terdapat kesan abu di sekitar rumah.


Hasil bedah siasat mengesahkan ia milik anak perempuan mereka.

Ibu bapa Nam yang menerima mesej pelik daripada Sittichoke sebelum dia menggantung diri, percaya bahawa menantu mereka itu membunuh anak perempuan mereka.

Dia dipercayai cuba menyembunyikan bukti sebelum menggantung dirinya kerana bersalah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotusteratai 22-3-2023 08:00 AM
bila amarah menguasai minda
Quote rospinki 22-3-2023 08:18 AM
mcm dalam filem seram thai suasana kolam belumut dan kesan2 tulang kena bakar..pastu mcm ada kabus gitu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068271 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top