CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Mansor Dibenarkan Ke Luar Negara Untuk Jumpa Keluarga Dan Sanak Saudara Dari 23 Mac Hingga 5 Mei

21-3-2023 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2993| Komen: 29

Description: PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor dibenar ke luar negara selama enam minggu untuk melawat ahli keluarga termasuk seorang cucu yang sakit di Singapura selepas Mahkamah Rayuan hari ini memulangkan sem ...
PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor dibenar ke luar negara selama enam minggu untuk melawat ahli keluarga termasuk seorang cucu yang sakit di Singapura selepas Mahkamah Rayuan hari ini memulangkan sementara pasport yang ditahan berkaitan kes jenayah yang dihadapinya.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said membenarkan pasport itu dipulangkan sementara kepada isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermula Khamis ini hingga 5 Mei ini.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah memerintahkan Rosmah memulangkan semula dokumen perjalanan antarabangsanya kepada mahkamah pada 10 Mei.


Foto: utusan Online

Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah memohon pasport dikembalikan sementara bagi membolehkan anak guam melawat anak perempuan, menantu dan dua cucu lelaki yang mana salah seorangnya yang kini tidak sihat.


“Rosmah akan ke Singapura pada 23 Mac dan pulang kembali ke negara ini pada 5 Mei. Anak guam akan meluangkan masa di negara itu selama enam minggu memandangkan ketika itu cuti Aidilfitri.

“Saya difahamkan pihak pendakwan tiada bantahan terhadap permohonan dibuat dan pasport dipulangkan seminggu selepas anak guam pulang dari Singapura,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan tidak membantah permohonan berkenaan.

“Saya mohon pasport Rosmah dipulangkan semula ke mahkamah pada 10 Mei ini,” katanya.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah, 72, bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Hakim Mohamed Zaini (kini hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 hingga 14 Julai ini.

Rosmah yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lalu, mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan betul.

Isteri Najib itu turut berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapi Rosmah ditetapkan selama 15 hari antara 12 Mei dan 8 September ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-3-2023 01:19 PM
difahamkan pihak pendakwan tiada bantahan terhadap permohonan dibuat


sape lh kita nk nafi

Quote Perawankota 21-3-2023 01:35 PM
Femes betul dengan bangunan getah asli ni.. Dulu kes Altantuya pon kat sini..
Quote MisXoXo 21-3-2023 02:05 PM
Ank dia yg mana eh duk luar negara
Quote lurve82 21-3-2023 02:09 PM
ahkak pink nk gi mana?
Quote mojarean_X 21-3-2023 02:20 PM
lurve82 replied at 21-3-2023 02:09 PM
ahkak pink nk gi mana?

Nk lawat cucu sakit
Quote Orix 21-3-2023 02:22 PM
mengada2..................
Quote CatMiow 21-3-2023 04:37 PM
Tak adil...kau lawat cucu sakit sampai 6minggu?

Double standart.
Quote lurve82 21-3-2023 06:18 PM
mojarean_X replied at 21-3-2023 02:20 PM
Nk lawat cucu sakit

Singapore eh
Quote stingerbumpy 21-3-2023 06:53 PM
SINGAPORE GIRL.YOU ARE A GREAT WAY TO FLY...

Bakal ada state welcome tak kaka pinky ke spura...agaknyee
Quote stingerbumpy 21-3-2023 06:55 PM
Edited by stingerbumpy at 21-3-2023 06:57 PM

Cucu sakit boleh dapat kelepasan sedangkheun tuduhan bersalah telahpun dikenakheun...sedangkheun abahcow mustahil kalo nak ke spura jumpa doktor cherrit biritnyer ...mahksmah tak boleh bagi semula passportnyer to travel to seek medical treatment?

Huh...

Ini sudah tidak adil..

Kahkahkahkahkahkah
Quote albedah 21-3-2023 07:10 PM
Aik .. anak dia ada je dok mesia sbb bettanding jawatan ... Katanya emak dia yg jaga anak dia demam2.... Sanggup tinggalkan anak dekat emak demi kerja keras bertanding tanpa campurtangan ibuuuuu bla bla blaaaaaaaaah
Quote MissYouSayang 21-3-2023 07:24 PM
Edited by MissYouSayang at 21-3-2023 07:25 PM

HAHAHAAHA..........waliwat/waliwati gagal menahan diri jadi banduan pon dpt byk privilege
Quote Firenzza 21-3-2023 08:58 PM
mojarean_X replied at 21-3-2023 02:20 PM
Nk lawat cucu sakit

Bkn ke yana baru lps bertanding puteri umngok minggu lps? Yana ni warga spore ke acaner? Tetiba ank sakit kt spore pastu blh relax2 kt sana 2 bln?
Quote dani-rox 21-3-2023 09:01 PM
Nekmah is in her loving matriarch era
Quote Firenzza 21-3-2023 09:02 PM
stingerbumpy replied at 21-3-2023 06:55 PM
Cucu sakit boleh dapat kelepasan sedangkheun tuduhan bersalah telahpun dikenakheun...sedangkheun aba ...

Lps ni blh la kak ros mintak yane  pindah hollywood, cucu sakit blh mintak permission tgok cucu 2 tahun plk
Quote margo20 21-3-2023 09:03 PM
Biar la dia dengki kenapa zz
Quote Firenzza 21-3-2023 09:05 PM
MisXoXo replied at 21-3-2023 02:05 PM
Ank dia yg mana eh duk luar negara

Mungkin anak yg kawen dgn dato Dr tu kot?
Quote kemaruk 21-3-2023 09:11 PM
Eloklah singgah ke HQ grab di singapore sana

Pergi jenguk sikit syarikat yang rosmah miliki tu

Saham grab dah jatuh terok dah sejak rosmah didakwa di maHkamah
Quote stingerbumpy 21-3-2023 09:32 PM
Firenzza replied at 21-3-2023 09:02 PM
Lps ni blh la kak ros mintak yane  pindah hollywood, cucu sakit blh mintak permission tgok cucu 2  ...

Makanan jel sehari pun belum dapat jamah....pending appeal....dah dapat 6 minggu cuti pi UNIVERSAL STUDIOS SPORE , Nite safari Marina bay sands dgn cucu....

Dunia dah terbalik.....

Kahkahkahkahkahkahkah..



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072013 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top