CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Lewat, Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Didenda RM30,000 Sehari

21-3-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2616| Komen: 1

Description: Kota Bharu: Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, D ...
Kota Bharu: Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.


Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.


Foto: Harian Metro

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.


Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 21-3-2023 06:25 PM
Bnyk l/raya pun raya, triple 4x 5x masa perjalanan. Time tu jgk la lori besar nk lalu. Apa raya drebar bwk lori jgk.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037056 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top