CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mungkin Dipecat Spurs, Antonio Conte Naik Penerbangan Tambang Rendah

21-3-2023 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1549| Komen: 1

Description: Ketika Tottenham Hotspur dilaporkan sedang mempertimbangkan pemecatannya minggu ini, Antonio Conte dikesan dilihat menaiki satu penerbangan.Kemunculan pengurus Spurs itu dirakamkan seorang penyokong d ...
Ketika Tottenham Hotspur dilaporkan sedang mempertimbangkan pemecatannya minggu ini, Antonio Conte dikesan dilihat menaiki satu penerbangan.

Kemunculan pengurus Spurs itu dirakamkan seorang penyokong dalam penerbangan tambang rendah ke negara asalnya, Itali.



Sky Sports/Daily Star

Ia susulan laporan Telegraph mengenai dia mungkin dipecat oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy pada minggu ini.

Kedudukan Conte terancam berikutan ketegangan yang berlaku selepas pasukan itu terikat seri dengan Southampton, Sabtu lalu.

Pasukan itu gagal merebut trofi selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Levy dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memecat Conte sebelum tamat cuti antarabangsa dan dia akan mengadakan perbincangan minggu ini bagi menangani situasi itu dengan pengurusnya.

Pada Isnin, tular rakaman menunjukkan pengurus pasukan warga Itali itu dalam penerbangan Ryanair. 



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-3-2023 01:33 PM
Ciannya Conte...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037291 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top