CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Badminton Indonesia, Ibu Meninggal Dunia Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Pengebumian Nenek

21-3-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2510| Komen: 0

Description: Pemain badminton Indonesia danibunya meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin.Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 pagi itu, Syabda Perkasa Belawa, 21, d ...
Pemain badminton Indonesia danibunya meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 pagi itu, Syabda Perkasa Belawa, 21, dan ibunya, Anik Sulistyowati, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati dan Tahta Bathari Cahyaloka mengalami kecederaan.


Syabda dan keluarganya dilaporkan dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam.


TribunNews

Menurut laporan media tempatan, kereta yang dipandu bapa Allahyarham Syabda itu dipandu laju sebelum merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.

Polis mengesyaki, keletihan pemandu menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Jenazah Syabda dan ibunya serta neneknya dikebumikan dalam satu liang lahad pada tengah hari Isnin di kampung halaman mereka di Sragen.


Dalam kariernya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.

Allahyarham juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022.

Susulan kejayaan berganda pada 2022, Syabda turut meningkatkan prestasinya apabila meraih kejuaraan di Iran International 2023.

Beliau kini berada di kedudukan 135 dunia dalam senarai pemain badminton antarabangsa.

Sementara itu, Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) menyifatkan Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) sebagai satu kehilangan besar buat negara itu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044045 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top