CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tergamak Makan Sotong Celup Tepung Macam Cucur, Jual Mahal Pula Tu!

21-3-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2606| Komen: 3

Description: Lambakan peniaga tamak dan mementingkan diri mengaut keuntungan berganda dengan menipu pelanggan memang sukar dibendung.Selepas karipap angin dan sandwich tiada inti di tengah, sotong celup tepung kin ...
Lambakan peniaga tamak dan mementingkan diri mengaut keuntungan berganda dengan menipu pelanggan memang sukar dibendung.

Selepas karipap angin dan sandwich tiada inti di tengah, sotong celup tepung kini menjadi sebutan.




Tular luahan individu dikongsikan di akaun TikTok @racuntiktokmalaysia89, yang kesal saiz sotong terlalu kecil disaluti tepung tebal hingga kelihatan seperti cucur.

Namun tidak dinyatakan lokasi makanan popular itu dijual.



Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ramai yang terhibur dan tak kurang juga meluahkan rasa marah kerana peniaga berkenaan sanggup menipu si pembeli.


mStar/TIkTok

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengulas panjang lebar mengenai hal ini dengan menyatakan bahawa penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 21-3-2023 09:59 AM
diaorang peduli apa? janji boleh pergi umrah tiap2 tahun
Quote duri_durians 21-3-2023 10:05 AM
benda ni semua pilihan weh.. beli la sotong ayam sendiri kat pasar pastu goreng sendiri. campuran tepung bleh pakai tepung jagung, black pepper, paprika, garam, gula, serbuk ketumbar. lagi sedap daripada kat kedai.  ini jam semua nak cepat tapi banyak complain. tak sempat masak la takde lauk kt rumah la. antara nak tak nak dgn rajin malas je.
Quote stingerbumpy 21-3-2023 10:07 AM
Macam kopek 'kerang yg timbul' je...

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062594 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top