CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Polis Sebak Terkenang Ketua Platun Maut Ditembak Komunis Tepat Di Kepala

21-3-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2174| Komen: 0

Description: Bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkenang peristiwa berdarah ketua platunnya maut ditembak tepat di kepala dalam serangan hendap pengganas komunis kira-kira setengah abad lalu.Mohammad Noh Man ...
Bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkenang peristiwa berdarah ketua platunnya maut ditembak tepat di kepala dalam serangan hendap pengganas komunis kira-kira setengah abad lalu.

Mohammad Noh Mansor, 73, yang sebak dan sedih setiap kali terkenangkan peristiwa itu mengimbau kejadian ketika berusia 19 tahun.


Katanya, ketika itu dia terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak semasa semua anggota platun itu sedang berehat seketika selepas meronda di Sibu pada awal 1970an.


SAC Abd Khalid Othman (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Exco Pusat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Muhammad Noh Mansor pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 Kontinjen Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA

"Satu peristiwa yang tidak pernah saya lupakan, ketika sedang membuat rondaan, ketua platun ditembak komunis tepat di kepala dan dia rebah di depan mata saya sendiri.


"Ketika itu Sarjan platun mahu berehat sebentar di kawasan yang selamat, tetapi tidak sangka diserang, peristiwa itu sungguh menyayat hati, berlaku di depan mata saya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan yang disertai kira-kira 400 anggota, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis negeri SAC Abd Khalid Othman.

Mohammad Noh menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pesara yang telah berkhidmat 36 tahun sebagai anggota polis.

Selain itu, setiap kali menjelang Aidilfitri, bapa kepada dua anak itu juga turut mengenang peristiwa diserang hendap komunis sehari sebelum sambutan Aidilfitri di Jakar, Sarikei pada tahun 1972.

Katanya dalam kejadian itu beliau bersama 29 anggota platunnya baru menyelesaikan tugas di Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) selama dua bulan mengawal sebuah pangkalan pasukan keselamatan.

"Ketika itu petang terakhir Ramadan, anggota sedang membuat rondaan, apabila pasukan diserang hendap ketika dalam perjalanan, mujur peristiwa yang kedua ini tidak mengorbankan anggota platun. Kita membalas serangan hendap itu secara emergency," katanya yang telah bersara sejak 2005.

Meskipun kini sudah berusia 73 tahun, Mohamad Noh masih aktif sebagai Exco Pusat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM bagi membantu bekas-bekas polis yang memerlukan.

Katanya persatuan itu menjaga kebajikan kira-kira 4,000 pesara polis termasuk ahli di Sabah dan Sarawak yang memerlukan bantuan seperti kesihatan dan lain-lain.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044198 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top