CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Siam Suka Beli Emas Malaysia Sebab Lebih Berkualiti

21-3-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3411| Komen: 12

Description: Barangan kemas lebih berkualiti berbanding di negara mereka membuatkan rata-rata rakyat Thailand memilih untuk ‘menyerbu’ kedai emas berhampiran sempadan selain rekaan dan corak emas yang unik.Menur ...
Barangan kemas lebih berkualiti berbanding di negara mereka membuatkan rata-rata rakyat Thailand memilih untuk ‘menyerbu’ kedai emas berhampiran sempadan selain rekaan dan corak emas yang unik.

Menurut seorang pekerja kedai emas yang mahu dikenali Mohd. Razali, 40-an, rekaan dan jenis emas yang dijual di negara jiran itu tidak sama dengan negara ini.


PEKERJA Kedai Emas Anuar di Sungai Petani menunjukkan rekaan barang kemas yang menjadi pilihan warga asing.

“Di Thailand, kebanyakan emas yang dijual adalah daripada gred 999 dan 965, manakala di negara kita lebih banyak pilihan seperti 916, emas ‘pound’ dan sebagainya.

“Nombor 965 menunjukkan barangan kemas itu mempunyai komposisi emas sebanyak 96.5 peratus dan selebihnya adalah logam lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, barangan kemas 965 yang mempunyai komposisi emas yang tinggi, agak lembut dan sukar dibentuk untuk menjadikan coraknya menarik selain upah juga agak tinggi kerana melalui proses yang agak rumit.


“Emas 916 yang banyak di negara kita pula sederhana keras dan lebih senang dibentuk untuk menghasilkan rekaan dan corak menarik. Mungkin rekaan dan corak unik itu menarik minat pembeli dari Thailand,” jelasnya.


CORAK serta paten gelang tangan yang dijual di Kangar yang unik serta tahan lasak menjadi pilihan pembeli dari Thailand.

Menurutnya, perbandingan dari segi warna pula, emas 965 warnanya agak pudar dan pucat, manakala warna emas 916 lebih menyerlah dan menarik.

Bagaimanapun, pembeli dari Thailand tidak membeli dengan jumlah yang banyak, sebaliknya lebih gemar membeli untuk perhiasan diri sahaja.

“Kadang kala ada van pelancong Thailand yang singgah di sini, namun daripada 12 orang yang turun ke kedai, hanya seutas dua rantai emas yang dibeli.

“Saya percaya, mereka membeli untuk kegunaan sendiri kerana mereka mengukur saiz tangan mereka sebelum membuat keputusan untuk membeli. Tidak ada pula yang bertanya atau membeli dengan banyak,” katanya.

Difahamkan, jenis rantai leher atau tangan seperti corak lipan bara dan pintal tali adalah pilihan dan menjadi tumpuan penggemar barangan kemas dari Thailand.

Di Sungai Petani, Pengurus Kedai Emas Anuar, Syakir Marikah berkata, pelanggan dari Thailand, Myanmar dan Indonesia antara yang kerap mengunjungi kedai mereka.

Menurut Syakir, kebanyakan mereka merupakan peniaga kedai tomyam dan pekerja warga asing yang bekerja di sini.

Katanya, kebiasaannya mereka membeli barang kemas seperti rantai leher dan gelang sebagai perhiasan diri selain dijadikan simpanan aset untuk dibawa pulang ke negara mereka nanti.

“Seperti rakyat Malaysia, rantai leher dan gelang tangan jenis lipan antara rekaan yang digilai peminat emas warga asing.

“Biasanya mereka akan membeli barang kemas yang berharga lebih RM10,000 atau berat emas melebihi 50 gram,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, terdapat juga pe­langgan dari Thailand yang menukar (trade in) barang kemas yang dibeli di negara mereka dengan barang kemas di sini.

“Biasanya jenis emas bagi setiap negara adalah berbeza daripada segi mutunya.

“Barang kemas dari Thailand sebenarnya lebih bermutu tinggi kerana dibuat menggunakan emas 965 berbanding barang kemas 916 di Malaysia.

“Bagaimanapun, barang kemas dari Malaysia juga bernilai tinggi jika dijual di sana kerana mata wang negara kita yang rendah ketika ini,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 21-3-2023 11:11 AM
skrg rege emas skyrocket....aku beli awal 2022 pun dh lebih dari modal...
Quote sonic-bertaik 26-3-2023 09:25 AM
lurve82 replied at 21-3-2023 11:11 AM
skrg rege emas skyrocket....aku beli awal 2022 pun dh lebih dari modal...

Berapa????
Quote Dwdrum 26-3-2023 09:40 AM
Emas siam tidak cantik
Quote green~tea 26-3-2023 09:47 AM
Oh ya.. my mom selalu custom made emas 965 tu.. mmg lembut sikit so design is very limited.. kalo kasar2 buat keje nnti emas tu boleh dented.. dan hanya boleh buat design padu sahaja, sbb kalo buat pelik2 mcm 916, nnti emas 965 kemik or berubah bentuk..

Tp emas 965 lebih "kuning".. cuma kurang berkilat lah... lebih mahal juga... kalo rantai tangan kena buat tebal & padu kalo bracelet biasa kena 85 gram... baru elok terletak & tak berubah bentuk

Kalo emas 916, buat halus2 pun takpe, sbb lebih keras
Quote Artemesiaa 26-3-2023 11:52 AM
Kalau 916 ni lebih tahan berbanding yang lebih tinggi darinya lebih lembut mudah rosak kalau nak guna hari2.
Quote lurve82 26-3-2023 05:16 PM
sonic-bertaik replied at 26-3-2023 09:25 AM
Berapa????


Iols bln jan 2022 beli byk gram dpt la turun smpi rm240/g.  Skrg ni nak jual balik pun dh harga yg sama atau lebih sikit. Igt nk jual emas2 yg iols beli masa rm180/g dulu. Tgk la camne
Quote _blackbird 26-3-2023 05:43 PM
green~tea replied at 26-3-2023 01:47 AM
Oh ya.. my mom selalu custom made emas 965 tu.. mmg lembut sikit so design is very limited.. kalo ka ...

iols lebih suka color emas 999. kuning dia paling cantik. with new tech, emas 999 skang design lebih cantik2 & modern dari emas 916. kat tomei i tgk collection emas 999 tu lebih cantik dan lebih halus dari 916. tapi kalau kat singapore 916 diorg design mmg lebih cantik dan modern. maybe i tak minat sgt design lipan la, gajah mcm tu kot
Quote Firenzza 26-3-2023 06:07 PM
Ni survey syok srndiri nk bagi laku brg diaidilfitri ke hapa? Setakat main agak2 pastu 12 org siam turun tgik emas sorang je yg beli ko dh blh buat conclusion emas ko lbh berkualiti? Iols lg percaya mek2 sskjp suka borong emas kt siam
Quote green~tea 26-3-2023 06:22 PM
_blackbird replied at 26-3-2023 05:43 PM
iols lebih suka color emas 999. kuning dia paling cantik. with new tech, emas 999 skang design leb ...

Tak lembik ke 999 tu? I pernah pakai yang 965 ni.. buat keje ofis (ofis dalam kilang so kadang2 mmg pasir sikit kalo time turnaround shutdown)... pastu terhentak sikit je dekat permukaan meja ada seketul dua pasir.. berlekuk ok gelang i dgn pasir tu..
Quote _blackbird 26-3-2023 07:12 PM
Edited by _blackbird at 26-3-2023 11:13 AM
green~tea replied at 26-3-2023 10:22 AM
Tak lembik ke 999 tu? I pernah pakai yang 965 ni.. buat keje ofis (ofis dalam kilang so kadang2 mm ...


I ada rantai + pendant, earring 999 tomei punya. Ok je pakai harian. Lembut tu lembut la compare 916 tapi durable la juga.

Bangle i ada juga tapi jarang pakai. Special occasion je baru pakai.
Quote mrseller 26-3-2023 08:28 PM
Emas PAMP la paling kualiti. Takde nye mas mesia lagi bagus dari mas siam. Siam je bodo x check purity content emas. Huhuhu
Quote Lagubestbest 26-3-2023 09:02 PM
Edited by Lagubestbest at 26-3-2023 09:08 PM
lurve82 replied at 26-3-2023 05:16 PM
Iols bln jan 2022 beli byk gram dpt la turun smpi rm240/g.  Skrg ni nak jual balik pun dh harga yg ...

Jgn jual lagi. Skrg The Fed/ Federal Reserve (USA) sebenarnya sedang hapuskan bank/ institusi/ broker /app kripto yang dilihat sebagai bakal pesaing/ penghalang kepada pengenalan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) dan sistem pembayaran tunai FEDNow (semua bank akan guna sistem transaksi ni, ala-ala sistem android untuk transaksi kewangan). Banyak lagi bank dan institusi pelaburan bakal rebah/ diambilalih.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.078546 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top