CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diskaun Kompaun Dan Saman Sehingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216

20-3-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21995| Komen: 6

Description: KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.

PDRM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, tawaran itu diberikan bermula hari ini sehingga 31 Mac.


Gambar Hiasan

“Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat,” katanya.

Menurut hantaran itu, orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.


Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my, Google playstore, Apple Store dan Huawei Appstore. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lauralju 20-3-2023 06:43 PM
Edited by Lauralju at 21-3-2023 12:49 PM

Thankful for the little by little useful exercise. Has conclusively the ordinary impact! Weather Syracuse NY
Quote Raline 20-3-2023 07:29 PM

Gambar hiasan.


Diskaun saman trafik hingga 60 peratus

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.

PDRM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, tawaran itu diberikan bermula hari ini sehingga 31 Mac.

“Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat,” katanya.

Menurut hantaran itu, orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my, Google playstore, Apple Store dan Huawei Appstore. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -hingga-60-peratus/


Quote rogayahtop 20-3-2023 08:37 PM
pandai timing PDRM ni.

Quote Skuau 20-3-2023 08:55 PM
arap/mohon kes langgar peraturan yg lain pung dapat diskaun..contoh..curi susu baby sb terdesak...
Quote piao 21-3-2023 10:16 AM
byr jgn x byr org nak raya ni
Quote LostStar 21-3-2023 11:47 AM
tq bgtaw..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.266592 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top