CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kandung Dan Bapa Tiri Durjana Eksploitasi Seks Anak OKU

20-3-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10058| Komen: 7

Description: SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh ibu kandung dan bapa tirinya Rabu ...
SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh ibu kandung dan bapa tirinya Rabu lalu.


Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Desa Wawasan, Jalan Tembikai 2, di sini menerusi Op Pintas.

Menurut beliau, ibu dan bapa tiri mangsa telah pun diberkas dan disiasat di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007.


Gambar Hiasan

“Kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007 dan Seksyen 15 Atipsom yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) hari ini.

Beritahu Fisol, operasi menyelamatkan wanita OKU pembelajaran itu merupakan antara kejayaan kontinjen polis Pulau Pinang bagi suku tahun ini sejak Januari lalu.


Dalam perkembangan berkaitan, ujar beliau, pihaknya turut berjaya menahan seramai 16 lelaki dan empat wanita warga asing yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini menerusi jalan tidak sah.

Jelasnya, kesemua warga asing berusia antara 15 hingga 36 tahun itu ditahan ketika serbuan di Jalan Samagagah, Mak Mandin di sini menerusi Op Pintas pada 5 Januari lalu.

Secara keseluruhan juga, beliau memberitahu, polis kontinjen Pulau Pinang mencatat penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 413 kes atau 44.1 peratus bermula Januari hingga Mac tahun ini.

Katanya, ini berdasarkan kiraan nilai ambang bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Februari lalu iaitu sebanyak 937 kes berbanding pencapaian hanya 524 kes.

“Sepanjang tempoh sama juga, sebanyak 1,347 kertas siasatan telah dibuka dan sejumlah 733 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah menunjukkan peningkatan pertuduhan sebanyak 100 kes atau 15.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” tambahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 21-3-2023 08:22 AM
jahatnya family begini
Quote PULANGKAN 21-3-2023 10:49 AM
sialan. orang cenggini layak aku cakar tingkap SKREEEE tiap2 malam. pastu gigit peha sampai lebam. besok tu, cangkung atas bahu dia pulak
Quote 3chanceno 21-3-2023 10:59 AM
Tak terpikir mak boleh buat gini kesian budak nie & harap dapat pembelaan.
Quote zehra2 21-3-2023 12:50 PM
kesian nya..
jd oku tu pun dah malang.
dpt pulak mak kandung keji begitu. bertambah lah malang.
Allah swt. Kau permudahkan lah hidup.nya walau seumurnya tinggal dirumah perlindungan nanti.
Quote toynme 21-3-2023 12:52 PM
orang OKU ni semua masuk syurga tak ekk?
Quote Bipolajourney 22-3-2023 02:01 PM
PULANGKAN replied at 21-3-2023 10:49 AM
sialan. orang cenggini layak aku cakar tingkap SKREEEE tiap2 malam. pastu gigit peha sampai lebam. b ...

watak baru ke tuew
Quote PULANGKAN 22-3-2023 02:05 PM

17 tahun di forum CARI

dah 3-4 kali account kena curi

ni buat baru lagi. biasa dahhh

akaun kena curi tu, nanti dia spam iklan merata

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052955 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top