Selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, perhatian aktres, Nur Fazura dilihat lebih tertumpu kepada dunia perniagaan.
Disebabkan itu, ramai yang menyangka Fazura atau nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 40, sudah meletakkan noktah terhadap kerjaya dalam bidang seni. Menyangkal dakwaan itu Fazura mengatakan bidang lakonan yang diceburi sejak dua dekad lalu, masih lagi menjadi kecintaannya.
"Apabila baca skrip, balik-balik cerita yang sama diberi. Kisah perempuan bertudung yang ada konflik dengan wanita lain serta kisah dua wanita berebut seorang lelaki. "Drama kita terlalu kerap menghasilkan karya berasaskan kecurangan, itu yang berlaku masalah 'penyondol' (pengacau rumah tangga orang). "Sejujurnya, saya sangat kecewa. Disebabkan itu, saya sudah lama tidak berlakon," katanya kepada BH Online. Konsep drama yang masih tidak berubah juga menjadi salah satu sebab Fazura membuka syarikat produksi sendiri kerana ingin lebih kreatif dalam berkarya. -CARI Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046753 second(s), 22 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.