CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sekarang saya Anna Jobling. Pakai topi dan pelitup muka orang masih kenal"- Insiden Kamal Adli Beri Iktibar Untuk Lebih Hati-Hati

18-3-2023 01:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 298| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui gemar bercuti di Singapura tetapi memilih untuk lebih berhati-hati selepas insiden yang menimpa Kamal Adli baru-baru ini.Kata wanita itu, kejadian buruk yang berl ...
Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui gemar bercuti di Singapura tetapi memilih untuk lebih berhati-hati selepas insiden yang menimpa Kamal Adli baru-baru ini.

Kata wanita itu, kejadian buruk yang berlaku ke atas pelakon lelaki terbabit boleh terjadi di mana-mana.


Dia mengakui sering berjalan seorang diri di Orchard Road, Singapura kerana sudah terbiasa sendiri.


"Saya tak terfikir tetapi betul, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri bahawa kalau benda nak berlaku, di mana-mana, tanpa kira waktu dan tempat.

"Sekarang, pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.

"Tapi, lepas apa yang jadi pada aktor tersebut, saya akan lebih berhati-hati. Saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Walaupun pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal," katanya. 


Anna bakal berkunjung ke Singapura untuk menjual produk keluaran sendiri dan memaklumkan sepanjang keberadaan di sana akan dikawal oleh sekuriti.- CARI

Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-3-2023 11:50 PM
Ok Anna…

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035553 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top