Fahrin Ahmad menyarankan pihak tertentu mengutamakan dan memberi perhatian soal keselamatan pihak produksi tempatan ketika di set penggambaran. Menurut Fahrin, adalah satu keperluan bagi setiap pekerja dan produksi memiliki insurans perlindungan keselamatan.
“Bila bercakap fasal kecederaan atau kemalangan, saya setuju apa-apa pekerjaan, kalau benda itu nak jadi, ia terjadi juga tapi saya kira apa situasi yang berlaku sekarang ini saya nak orang luar faham inilah hakikatnya pekerjaan anak seni. “Sudah tiba masanya untuk industri kita lebih mempunyai prosedur keselamatan yang tersendiri. Sebab kita berurusan dengan babak lakon yang berbeza apatah lagi yang melakonkan babak-babak aksi. “Ia perlu lebih diberi perhatian, kalau ada pihak nak bantu pastikan setiap pekerjaan ataupun projek itu mestilah diinsuranskan, termasuklah kepada kru-kru produksi. Saya rasa itu perlu menjadi satu keperluan,” katanya kepada XTRA.
|
orglama replied at 17-3-2023 03:36 PM
pelakon2 acah2 method sure bengang dgn statement dia ni...hihihi
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-4-2023 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079603 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.