View: 4250|Reply: 11
|
Fahrin Ahmad Saran Pelakon Dan Tenaga Produksi Ambil Insurans "Saya Akan Pertingkan Keselamatan Berbanding Berlakon Beriya-Iya"
[Copy link]
|
|
Fahrin Ahmad menyarankan pihak tertentu mengutamakan dan memberi perhatian soal keselamatan pihak produksi tempatan ketika di set penggambaran.
Menurut Fahrin, adalah satu keperluan bagi setiap pekerja dan produksi memiliki insurans perlindungan keselamatan.
 Foto: IG
“Bila bercakap fasal kecederaan atau kemalangan, saya setuju apa-apa pekerjaan, kalau benda itu nak jadi, ia terjadi juga tapi saya kira apa situasi yang berlaku sekarang ini saya nak orang luar faham inilah hakikatnya pekerjaan anak seni.
“Sudah tiba masanya untuk industri kita lebih mempunyai prosedur keselamatan yang tersendiri. Sebab kita berurusan dengan babak lakon yang berbeza apatah lagi yang melakonkan babak-babak aksi.
“Ia perlu lebih diberi perhatian, kalau ada pihak nak bantu pastikan setiap pekerjaan ataupun projek itu mestilah diinsuranskan, termasuklah kepada kru-kru produksi. Saya rasa itu perlu menjadi satu keperluan,” katanya kepada XTRA.
Tambah pelakon drama Khilaf Asmara ini, dia akan lebih mengutamakan keselamatan berbanding lakonan yang beriya-iya dalam melakonkan sesebuah babak.
“Pendapat saya, untuk lakonan yang beriya-iya atau yang ‘real’, saya sendiri akan ambil inisiatif saya sendiri untuk pastikan semuanya selamat.
“Saya tahu adakah saya selamat untuk buat ‘lebih’ atau selamat untuk tidak melakukan babak tersebut.
“Mungkin ada orang berbeza pendapat dengan saya, daripada lakonan saya yang menjadi ataupun beriya-iya berbanding keselamatan, saya akan dahulukan keselamatan saya dan sekadar babak itu jadi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fahrin yang juga pengacara program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini, tidak menafikan anak seni mencari rezeki dengan fizikal dan rupa paras yang ada.
“Alhamdulillah, sehingga hari ini yang serius tak ada lah. Setakat sikit-sikit, calar itu biasa sahaja.
“Bila cakap pasal pelakon, kami ini mencari rezeki dengan fizikal, kesihatan dan tak nafikan dengan rupa yang kami ada.
“Jadi perkara ini tidak boleh dikompromi, memang kita tahu semua orang dah kata kita dah buat tinjauan lokasi, buat latihan tapi ia mungkin boleh di tambah baik,” tutupnya.
Terdahulu, beberapa pelakon juga pernah terbabit dengan kemalangan ketika menjalani penggambaran sehingga mencetuskan pertikaian pelbagai pihak. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
pelakon2 acah2 method sure bengang dgn statement dia ni...hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Setujuuuu… udah2lah beria2 sgt berlakon tersakiti dipukul, method lah konon.. pastu melolong2 mcm orang gila..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul sangat kata2 bampahrin |
|
|
|
|
|
|
|
Retis kita kan terpaling..  |
|
|
|
|
|
|
|
I love you abg fahrin… |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak bijak sikit..since ada juga harus berlakun di negara orang ambil yg international coverage. Buang duit sikit lah kalau barang branded boleh je beli apalah sgt insurance. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat mesia ko tak yah lah beria sgt berlakon. Kalau holiwood mmg wajib la beria |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus bampien … please use ur knowledge as lawyer utk bela nasib2 rakan retis … |
|
|
|
|
|
|
|
iye...hahaha...nak method la konon...tp ujung2 masuk spital, dah sakit sana sini, mintak belas ehsan orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus abampahrin! health is wealth! kefahaman tentang insurans dan tidak lupa tabungan kwsp harus ditekankan . dan jangan lupa kalau pi travel acah2 nak penuhkan tiktok, ig semua tu, sila2 ambik travel insurans okayyy... |
|
|
|
|
|
|
|
Abampahrin masih pengacara whi kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|