Anuar Zain mendedahkan dirinya masih menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh jika ada kelapangan masa. Akui penyanyi berusia 53 tahun itu, dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama mereka sejak 2021.
"Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama," katanya yang kali terakhir menyertai aktiviti keagamaan itu beberapa bulan lalu. Anuar berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi. "Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga," katanya. Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor.
Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini. Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta. Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi. "Seronok sebenarnya kalau dapat menunaikan solat terawih di masjid-masjid berasingan. Tidaklah hanya berterawih di masjid yang sama saja. "Sayanglah kalau kita tak buat solat terawih penuh. Jadi, saya tak mahu lepaskan peluang ini macam tu saja. Malah, satu pengalaman baru juga kalau dapat berterawih di masjid-masjid berbeza," katanya. Anuar berkata, dia juga akan mengerjakan solat terawih di rumah bersendirian sekiranya tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah di masjid kerana urusan kerja. Dalam perkembangan lain, Anuar akan terbabit sebagai penyanyi undangan dalam konsert amal, Flourishes 2023: Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya pada 20 Mei ini, jam 8.30 malam. Konsert anjuran Sekolah Seri Puteri Cyberjaya itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mengumpul dana untuk penyertaan ke pertandingan International Orchestra Festival & Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September ini. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-4-2023 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081728 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.