CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Artis Perlu Maklumkan Kepada Seniman Untuk Ke Luar Negara’ - Zed Zaidi Nasihat Artis Kurangkan Tunjuk Tentang Kehidupan Di Media Sosial

13-3-2023 06:56 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14393| Komen: 41

Description: Semalam, pelakon Kamal Adli cedera di kepala selepas dipukul berkali-kali dengan cota iaitu kapak India oleh seorang lelaki warganera Singapura ketika berada bersama isterinya, Uqasha Senrose di sebua ...



Semalam, pelakon Kamal Adli cedera di kepala selepas dipukul berkali-kali dengan cota iaitu kapak India oleh seorang lelaki warganegara Singapura ketika berada bersama isterinya, Uqasha Senrose di sebuah Expo di Singapura.

Memetik laporan Kosmo, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menyifatkan insiden berdarah yang menimpa pelakon Kamal Adli sewaktu menyertai Singapore Expo Hall malam semalam sebagai satu kejadian sangat membahayakan. 

Justeru, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, mengesyorkan kepada mana-mana artis yang ingin melakukan aktiviti di luar negara agar memaklumkan kepada pihak Seniman. 

Hal ini kerana ujarnya, Seniman bersedia untuk memberikan bantuan awal kepada artis jika terlibat dalam apa jua permasalahan dan kemalangan selain tindakan daripada kerajaan atau pihak berkuasa.   

“Kami akan membantu yang mana termampu sama ada berhubung dengan konsulat di sana atau ambil tahu maklumat terbaharu tentang keadaan di situ.

“Apa sahaja aktiviti artis ke luar negara kalau maklumkan kepada Seniman adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya kami tahu tindakan atau bantuan seterusnya yang perlu diambil melalui persatuan dan juga pihak kerajaan di mana-mana negara,” katanya ketika dihubungi oleh Kosmo! Online sebentar tadi.

Kejadian menimpa Kamal, 37, mendorong Seniman melakukan penambahbaikan dalam aspek menjaga keselamatan artis terutamanya bagi yang ingin berkunjung ke luar negara atas urusan kerja. 


“Selepas ini mungkin Seniman akan menghasilkan borang yang mana artis-artis perlu isi jika ada kerja di luar negara.

“Kami akan buka satu fail khas untuk artis yang bekerja di luar negara sekurang-kurangnya kami ambil maklum tentang selebriti. 

“Kalau jadi apa-apa, kami boleh bantu jika dihubungi. Daripada aduan yang dibuat, kami boleh bantu melalui kedutaan Malaysia,” ujar Zed.

Dalam pada itu, Zed meninggalkan pesanan kepada artis untuk kurang memuat naik hantaran dalam sosial media kerana perkara tersebut mendorong orang awam melakukan serangan. 

“Nasihat saya jangan terlalu menunjuk-nunjuk tentang kehidupan dalam sosial media kerana kita tidak tahu ada orang taksub dengan kita. Sampai tahap upah orang untuk pukul, bagi saya dia bukan seorang ‘gentleman’ (lelaki budiman). 

“Kalau boleh pihak negara Singapura dapat mengambil tindakan paling tegas dan berat kepada orang sebegini. 

“Tidak sangka negara yang paling selamat boleh berlaku macam ini sehingga buatkan pelancong takut mengunjungi negara terbabit,” ujar pelakon filem Sembilu itu.



Apapun, semoga Kamal Adli segera kembali pulih dan penyerang tersebut dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan jahatnya itu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 13-3-2023 07:33 PM
Form and inform seniman then they get insurance like protection? Kalau takdak, sapa nak layan
Quote opie5662 13-3-2023 07:34 PM
Laaaa... Mcm keje gomen pulak... Haha
Quote Rogue98 13-3-2023 07:36 PM
Benda ni dalam negara pun boleh berlaku. Kalau inform pun Seniman boleh buat apa2 ke?
Quote darling0802 13-3-2023 07:38 PM
Rasanya artis tau je apa nak buat bila kena macam ni walapun kat oversea.kalau cadang bawa bodyguard tu masuk akal jugak..
Quote eely_shana 13-3-2023 08:39 PM
Ada betulnya tapi ntah..
Quote dinmur01 14-3-2023 12:08 AM
Yg aku pelik expo hall tak ada guard ke? Macam mana boleh selit cota bawa masuk..tak ada ke video leak masa kejadian?
Quote LadyCarefree 14-3-2023 02:33 AM
Edited by LadyCarefree at 14-3-2023 01:35 AM

Tak cerdik betul apa dia cakap.


“Kalau boleh pihak negara Singapura dapat mengambil tindakan paling tegas dan berat kepada orang sebegini."

Kau ingat Spore xde undang2? Kau ingat kau boleh cakap gitu pastu Spore patuh cakap kau?

“Tidak sangka negara yang paling selamat boleh berlaku macam ini sehingga buatkan pelancong takut mengunjungi negara terbabit,”

Siapalah bodoh disebabkan Kamal kena pukul gini jadi takut nak masuk Spore? Pelancong mana takut nak pi Spore?
Quote LadyCarefree 14-3-2023 02:35 AM
dinmur01 replied at 13-3-2023 11:08 PM
Yg aku pelik expo hall tak ada guard ke? Macam mana boleh selit cota bawa masuk..tak ada ke video le ...

Katanya berlaku luar event hall setelah habis event.
Quote sleepandream 14-3-2023 03:36 AM
so bolehla seniman tuntut dana/fund lagi besar daripada kerajaan utk service charge nak contact konsulat/kedutaan utk provide security retis2 ni khennn.... paling best nanti jed jaidi dptla bercoti ke luar negara free sbb nak attend meeting etc nanti
Quote Raman 14-3-2023 06:07 AM
Di ni cakap tak pernah cerdik.
Quote MissVixen 14-3-2023 06:10 AM
Dah macam kerja gomen pulak. Seniman ni nak bantu apa kalau inform pon. Hal dalam negara pun takde berfungsi.
Quote stingerbumpy 14-3-2023 06:25 AM
IQ/EQ diaveragekhen.....3/10....
Quote phone_5 14-3-2023 07:00 AM
Kat luar negara kan dah ada kedutaan malaysia ...so nak inform seniman buat apa? apa apa hal berlaku ..rakyat malaysia berurusan dengan kedutaan malaysia...

ko tu setakat persatuan je....apa apa hal ko pun kena melalui kedutaan je..

Quote takayama 14-3-2023 07:06 AM
Kenapa smp nk kena inform Seniman? Singapore ada undang2 juga, dlm kes kamal tentulah laporan dibuat blh contact pihak embassy utk dptkn bantuan etc
Si jed jaidi ni dr sibuk nk monitor retis yg nk ke luar Negara baik dia jaga isu2 kt dalam Malaysia lg afdhal, mencapub aje kijer dia
Quote Incanto 14-3-2023 07:09 AM
LadyCarefree replied at 14-3-2023 02:35 AM
Katanya berlaku luar event hall setelah habis event.

berlaku dalam event hall

sbb ada owner booth lain kata penyerang tu di tangkap depan booth dia
Quote Incanto 14-3-2023 07:12 AM
nak inform Seniman bila artis ke luar negara?

Seniman boleh tolong apa kalau kes mcm ni?

tolong bagi stetmen?
Quote lee_sakura 14-3-2023 07:18 AM
ada akta ke utk benda mcm ni ...lainla kalo keje gomen
Quote phone_5 14-3-2023 08:26 AM
pergi keluar negara semua guna passport malaysia.....so apa apa hal berlaku ..kemalangan ke? kecurian ke?  gempa bumi ke?apa sahaja musibah...contact dan hubungi Kediutaan malaysia yang ada di seluruh dunia kecuali Israel dan Korea Utara..

so nak hubungi seniman buat apa ye kalau ada apa berlaku di luar negara...Seniman pun ikut saluran juga melalui kedutaan malaysia....so baik terus berurusan dengan kedutaan malaysia...lagi senang nak urusan balik ke malaysia...
Quote puanserama 14-3-2023 09:09 AM
sapa la yg jadikan dia presiden ni?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068560 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top