CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Mengaku Sedang Dilamun Cinta Dengan Mr Doctor, "BF Selalu Bagi Semangat Semasa Dihina Jadi Penyondol"

13-3-2023 03:41 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7547| Komen: 13|Original author: Saiful

Description: Sophia Albarakbah mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang digelar sebagai Mr Doctor.
Sophia Albarakbah mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang digelar sebagai Mr Doctor.

Katanya teman lelakinya itu sentiasa memberi semangat ketika dia berdepan kontroversi dituduh sebagai penyondol rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah.


Foto: IG

"Saya tak gemar berkongsi hal peribadi, kalau sudah berkahwin nanti saya akan kongsi kepada semua... tapi orang yang rapat dengan saya tahu siapa jejaka tersebut.

"Buat masa sekarang cukuplah dia dikenali sebagai Mr Doctor dan dialah yang ada di sisi saya ketika berdepan kontroversi sebelum ini. Dia membuatkan saya jadi seorang yang lebih kuat," katanya kepada mStar.



Sophia juga tak nak ada kena mengena dengan Aliff Aziz.

"Saya rasa cerita ini sudah lama dan semua orang patut move on. Kami pun sudah selesai menjalani penggambaran. Cukuplah hanya orang-orang terlibat sahaja tahu.

"Soal hubungan saya dengan Bella pun, saya rasa tidak perlu beritahu. Kami berada dalam industri sama, jadi kalau ke mana-mana pun pasti akan terserempak.

"Di lokasi saya dan Aliff sangat profesional. Takkanlah disebabkan isu ini kami hendak kecewakan produksi yang telah bekerja keras untuk drama ini," jelasnya.



Dia juga menghormati keputusan Aliff yang  enggan berlakon bersama lagi selepas ini.

"Soal berlakon sama dengan Aliff kenalah tanya kepadanya sebab dia yang berkata demikian. Saya hormat keputusan tersebut.



“Memang sakit apabila ramai yang bercakap tentang hal ini. Tambah lagi ketika itu saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi semua orang ada hak untuk bercakap.

“Saya tidak boleh marah atau berkecil hati kerana yang memberi komen pun tidak tahu cerita sebenar,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-3-2023 03:45 PM
memang la teman lelaki dia tak kisah sebab sah2 kes curang tu pun gimik untuk drama kian sendu yang heronya duk bersut kulu kilir padahal lalu celah jambatan buruk je pun nak bersut2 bagai... gagal gila production malaysia ni nak tiru kdrama, cdrama, thai drama... yihhh... ko hengat lalu celah2 pasar malam dan bazaar ramanda pun nak kena pakai sut kah...

pakai la baju biasa yang style sikit macam baju2 dari H&M... ni kulu kilir dengan sut, masuk pejabat pun pakai sut... yihhhhhh...
Quote brunesss 13-3-2023 04:19 PM
muka dia ni certain angle mcm sapi liyas pula
Quote jiwakacau06 13-3-2023 04:22 PM
lagi xnikah...sapa pn boleh caras...
si momo apiz rosdhi pn ex bf doc....xdpt doc baru get back ke bf lama
Quote krustykrab 13-3-2023 04:28 PM
dudaberhias replied at 13-3-2023 03:45 PM
memang la teman lelaki dia tak kisah sebab sah2 kes curang tu pun gimik untuk drama kian sendu yang  ...

Yg lagi kelako, suar baju warna merah...tak.prnh lg la iols jumpa big bos co besar pakai warna mcm tu
Suar dia berkedut²
Quote dudaberhias 13-3-2023 04:33 PM
krustykrab replied at 13-3-2023 04:28 PM
Yg lagi kelako, suar baju warna merah...tak.prnh lg la iols jumpa big bos co besar pakai warna mcm ...

khen yihhh... takleh belah iols 24 jam masuk ofis pun nak ber sut bagai... panas dik oiii...
heran sebab drama kita ni gigih nak tiru kdrama, cdrama, thai drama hujung2 tersalah tiru kokesen era jajahan british permaisuri kening takde tu... yihhh...
orang zaman tu memang 24 jam ber sut bagai...

baju2 semua hauk dalam drama nih... mujur seluar merah tu dia pakai kat bandar... kalau pakai kat bendang buat kena kejar dek lembu dan kerbau jah... bongok betul...


Quote dua_chzy 13-3-2023 04:35 PM
dudaberhias replied at 13-3-2023 07:45 AM
memang la teman lelaki dia tak kisah sebab sah2 kes curang tu pun gimik untuk drama kian sendu yang  ...

Memang marketing. Haiyoh....
Quote krustykrab 13-3-2023 05:20 PM
dudaberhias replied at 13-3-2023 04:33 PM
khen yihhh... takleh belah iols 24 jam masuk ofis pun nak ber sut bagai...  panas dik oiii.. ...

Lg satu iols baru teringat suit & suar kotak²...
Ceo bahlol mana la yg sanggup pakai mcm tu..tp apa² pun heols sgt la hensem utk jd hero dlm drama berangan utk bbrp tahun ni. Harap heols ambik peluang ubah perangai playboy pprt tu demi masa depan sementara job offer tgh lebat ni...
nk harap haron ajis, jul ripin , mamu karipoley tu tak selera dh nk tgk
Quote Mulotkoyak 13-3-2023 05:54 PM
dudaberhias: memang la teman lelaki dia tak ...
maksudnya hg pun layan jugak la erk drama ni... Hahaha kantoiii disitu...
Quote dudaberhias 13-3-2023 06:46 PM
Mulotkoyak replied at 13-3-2023 05:54 PM
maksudnya hg pun layan jugak la erk drama ni... Hahaha kantoiii disitu...

iyer kaka... iols layan pun sebab ada yang herlok... tapi sakit bijik mata ni tengok jantan duk bersut 24 jam sampai lalu celah jambatan buruk pun nak pakai sut sut tu plak nampak nau sewa kat butik pengantin sebab hodoh pakai biasa2 macam oppa2 pakai cukup la... baju t shirt... baju kemeja etc...
Quote AbukRokok 13-3-2023 07:10 PM
dudaberhias replied at 13-3-2023 06:46 PM
iyer kaka... iols layan pun sebab ada yang herlok... tapi sakit bijik mata ni tengok jantan duk be ...

pengarah drama gagal

Quote Antifake 13-3-2023 07:46 PM
Cepat beno ko berubah hati nyahh
Quote eely_shana 13-3-2023 08:37 PM
Cepat2 lAh kawen
Quote Nurkaseh01 23-3-2023 11:18 PM
Nasib baik ko laws dek

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077554 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top