CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bosskay Dikecam Teruk, Dituduh Ceraikan Isteri Kedua Talak Dua Melalui Live Tiktok

13-3-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19362| Komen: 95

Description: Kecoh di media sosial tentang tindakan personaliti media sosial, Khaireel Azlee Abd Aziz menceraikan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi siaran langsung TikTok.Namun Khaireel Azlee ...
Kecoh di media sosial tentang tindakan personaliti media sosial, Khaireel Azlee Abd Aziz menceraikan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi siaran langsung TikTok.

Namun Khaireel Azlee yang senang disapa Boss Kay menafikan perkara itu dan sebaliknya memberitahu video lafaz cerai terhadap Cik Pia hanya dirakam untuk tujuan peribadi antara mereka sahaja.


Foto:Tiktok

"Itu merupakan video peribadi yang ditularkan oleh pihak sana (Cik Pia). Video itu saya hantar WhatsApp untuk rujukan dia. Bukan saya yang tularkan, itu fitnah.

"Saya hantar secara peribadi. Lafaz itu dibuat pada 12 Mac (2023) dan video itu dirakam 10 saat saja. Orang kata saya lafaz cerai dalam live TikTok, itu fitnah. Ini adalah video peribadi," ujarnya kepada mStar.



Terdahulu, tular video 10 saat di Twitter, memaparkan Boss Kay melafazkan cerai talak dua terhadap isterinya.

"Saya Khaireel Azlee Abd Aziz ceraikan Norsufia Johari dengan talak dua. Assalamualaikum, selamat hari jadi," ujar Boss Kay dalam video tular itu.

Mengulas lanjut tentang video lafaz cerai itu, Boss Kay berkata dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis pada masa akan datang sekiranya ia memberi impak buruk terhadapnya.

"Benda tu saya boleh buat laporan, tapi saya tak nak buat. Kalau makin kritikal atau dapat nasihat peguam, saya akan buat. Pada saya perbuatan itu, tak ada etika dan menyebabkan fitnah," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Boss Kay berkata dia tidak terkesan dengan kecaman netizen dan menyerahkan apa yang berlaku kepada Allah.

Selain komen berbentuk makian, gaya ceria Boss Kay ketika dia melafazkan cerai turut menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

"Saya rasa saya lebih positif berbanding pasangan lain yang bercerai sambil bertumbuk atau bergaduh. Saya terbuka terhadap sebarang komen.

"Saya husnudzon dan serahkan kehidupan kepada Allah. Kepada semua yang fitnah, itu antara awak dengan Allah. Dunia ini ada cerita saya, ada cerita anda dan ada cerita sebenar.

"Jadi jangan baca sebelah pihak. Kita memang boleh menghukum, tapi Allah yang ada kuasa," ujar TikTok Guru itu lagi.

Menurut Boss Kay, ini adalah kali kedua dia bercerai dengan Cik Pia dan mengakui sudah putus asa untuk menjernihkan hubungan antara mereka.

"Ini kali kedua, sebab kali pertama dulu saya dah balik (rujuk) kepada dia, namun gagal. Sebab itu kali ini talak dua," ujar Boss Kay lagi.

Untuk rekod, kisah kemelut rumah tangga antara Boss Kay dan Cik Pia hangat menjadi perbualan netizen sejak Januari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 23 Februari lalu, Boss Kay menjelaskan dia mahu bercerai kerana masalah mental isterinya.

Selain itu, Boss Kay juga sudah mendaftarkan kelahiran cahaya matanya bersama Cik Pia selepas dia teruk dikecam kerana didakwa enggan mengazankan anak sendiri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 13-3-2023 05:28 PM
mek tengok bideo tu, rasa nk simbah air kat muka dia..
bodoooooonya lahai,,
Quote alieyrina 13-3-2023 05:32 PM
Kenapa la ada jantan perangai gini
Quote virgo19 13-3-2023 05:38 PM
Ntah apa2 la perangai orang skrg ni.. semua mcm ada mental illness.
Quote awekjepun 13-3-2023 05:40 PM
Utk rekod suka2, xjatuh ke talak tu. Bila semua nk buat content. Hukum agama pun blh main2.
Quote Rdizz 13-3-2023 05:41 PM
Teruknya, ada jugak manusia mcm ni.

Sebut talak 2 mcm 2 kali cerai, dulu dah sekali, jumlah dah jadi 3. Awat boddo sgt, jahil 1 hal.

Buat bekas isteri mcm main2, moga Allah balas bagi jatuh terduduk.
Quote _blackbird 13-3-2023 05:41 PM
aku naik konpius siapa yg gila sebenarnya .
Quote _kelly 13-3-2023 05:42 PM
laki nya salah, bini dia double salah
kau upload kat TT tu lapar sohor ke
Quote da_lynn 13-3-2023 05:53 PM
Sakit nya hati tgk muka jantan ni sengih² mcm tu. Kenapa lah spesis² jantan taguna ni tak mati lemas dalam lombong taik je.
Quote jihyomelly 13-3-2023 05:57 PM
apsal skarang byk jantan perangai gini? yg betina penyondol sama naik secara terangan, jenis gini xyah la membiak menyusah org lain
Quote ujio 13-3-2023 06:10 PM
Vaveeeenyaaa..
Quote kuzaime 13-3-2023 06:12 PM
Jantan ni sepatutnya antara spesis yg dilahirkan mandul. Biar xde keturunan
Quote MarryPottet 13-3-2023 06:20 PM
Syiapa yg retisnya dalam ini gambar?
Quote imanjannah 13-3-2023 06:25 PM
MarryPottet replied at 13-3-2023 06:20 PM
Syiapa yg retisnya dalam ini gambar?

ini soalan paling tepat, sapa mereka2 ni, retis kah sampai masuk sini
Quote totokreturn. 13-3-2023 06:28 PM
laki ni dah tutuh bini ke-2 dia ni sampai dah beranak 2 org. Kecik2 lagi anak2 dia, dia tak rasa rindu dan sayang ke dekat anak dia yg 2 org ni?
Quote Suchi 13-3-2023 06:46 PM
Benci sungguh kat bini sampaikan bg talak sempena hari jadi.

Quote albedah 13-3-2023 06:49 PM
Cara dia ceraikan bini ni mcm dia yg mental.
Quote orkid_amani 13-3-2023 06:50 PM
Uish kalau gitu dah talk Dua + dulu talak 1 = talak3 laa.mmg xboleh rujuk dah la..nampak sgt mmg xnak rujuk kn?kn? Mcm la xboleh lafaz talak1 ja..knp mesti terus talak2
Quote makita 13-3-2023 06:57 PM
totokreturn. replied at 13-3-2023 06:28 PM
laki ni dah tutuh bini ke-2 dia ni sampai dah beranak 2 org. Kecik2 lagi anak2 dia, dia tak rasa rin ...

Mungkin dia as bapak x rasa apa2 kat anak. Kalau syg mesti rasa brtgjwb bimbing anak2 yg dia dah bwk ke dunia ni. Sedangkan pd mak bdk2 tu pon dia buat mcm bola.

Tapi 1 hal gak bila mak x mampu nak cari bapak yg baik utk anak2. Sekali dah cerai hatri tu patut dah boleh pangkah la somi tu..ni rujuk n buat anak lagi..apa anak tu takat props kehidupan kah
Quote KirazMevsimi 13-3-2023 07:00 PM
dah kenapa dia ni? bangga ke buat cenggitu? rasa berkuasa sebab talak di tangan dia?

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.363354 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top