CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkini : Khir Toyo Dijatuhkan Hukuman Penjara Setahun

29-9-2015 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8350| Komen: 55

Description: PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah

Dr Khir diarah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.


Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan hukuman penjara adalah bersesuaian dalam kes berkenaan.

Malah panel hakim turut menolak permohonan supaya meringankan bentuk hukuman kepada khidmat masyarakat dan menyifatkan ia adalah tidak memadai.

Beliau yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, diarahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Dr Mohamad Khir akan menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Pada 22 September lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir berdasarkan beberapa alasan termasuk pertuduhan tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau adalah menteri besar merupakan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan.



baca selanjutnya - astroawani

28

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 29-9-2015 04:01 PM
dari tarikh tahanan ke
Quote voiletiris 29-9-2015 04:05 PM
penjara pun takpa..pasti ada bekalan tempe
Quote nenekglamer 29-9-2015 04:07 PM
RIlek aaa.. nuarbrahim lagi lama masuk penjara..

ko masuk dalam setahun jagung je, pejam celik dah pon keluar. Just don't drop the soap hokkay.
Quote krustykrab 29-9-2015 04:08 PM
so bila masuk dalam? boleh la bawak tools untuk korek gigi banduan yg nakal
Quote krustykrab 29-9-2015 04:13 PM
bini pulak nak claim tanah dan rumah tersebut lepas ni


UTRAJAYA, Sept 29 — With her husband Dr Mohamad Khir Toyo sent to jail for a year, the wife of the former Selangor mentri besar may now fight for her share of the land that the Federal Court has ordered seized, lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said.

Shafee, who was the lead counsel representing Mohamad Khir, also said that the multi-million land is still under a charge to the bank.

“It is subject to forfeiture, how fast is the forfeiture, I am not certain, I suppose it is going to be protracted because the bank is on the other hand there and the wife owns half of the share,” he told reporters here after the Federal Court decided to uphold the one-year jail term and property seizure in his client’s corruption case.

“And there is also a possibility of the wife putting in a claim over the house to challenge this decision, so it will be a collateral proceeding.

“In short, today is not the end of this case,” he added.

Earlier today, a five-man panel at the Federal Court unanimously upheld the one-year jail term previously meted out to Dr Mohamad Khir Toyo, also maintaining the forfeiture of the land that he had underpaid for back in 2007.

Last Tuesday, the Federal Court panel ruled that the offence was proven beyond reasonable doubt when it unanimously upheld Mohamad Khir’s previous conviction under Section 165 of the Penal Code, which comes with a maximum two-year jail term or fine or both.

On December 23, 2011, the Shah Alam High Court convicted Mohamad Khir of corruptly using his position as then Selangor MB and Selangor State Development Corporation (PKNS) chairman to obtain land and property below the market price in 2007.

He was given a 12-month jail sentence after being found guilty of obtaining two plots of land and a bungalow in Section 7, Shah Alam for himself and his wife Zahrah Kechik, from Ditamas Sdn Bhd through its director Datuk Shamsuddin Hayroni with the inadequate payment of RM3.5 million in 2007.

He was charged with knowingly obtaining a valuable thing as a public servant without paying adequate consideration for the property that Ditamas had itself purchased at RM6.5 million in December 2004, and doing so with the knowledge that Shamsuddin had official dealings with him.

On May 30, 2013, Mohamad Khir lost his appeal at the Court of Appeal against his conviction and one-year jail term.
Quote krustykrab 29-9-2015 04:17 PM
nak mintak royal pardon pulaakkkk,


PUTRAJAYA, Sept 29 — Former Selangor Mentri Besar Dr Mohamad Khir Toyo may consider filing a petition for royal pardon as one way to escape the Federal Court’s decision today to uphold his one-year jail term for corruption, lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said.

Shafee also told reporters after sentencing today that with the imprisonment, Khir Toyo stands to lose his pension.

“Pardon is an option, but before we take the option, we are considering another option. There is another serious option, but we need to see the written judgment,” he said after the Federal Court delivered its decision.

Shafee also confirmed that an application to seek for a review of the Federal Court’s decision would be another available option, but declined to disclose Mohamad Khir’s legal team’s next move until they view the written judgment, which has yet to be released.

With today’s sentencing decision, Shafee confirmed that his client will be sent to jail directly as there is no avenue for stay of the final decision, although the actual time spent physically in jail would be around nine months due to remission.

Earlier today, the Federal Court upheld the one-year jail term previously meted out to Dr Mohamad Khir by a lower court, also maintaining the forfeiture of the land that he had underpaid for back in 2007.

Last Tuesday, the Federal Court panel ruled that the offence was proven beyond reasonable doubt when it unanimously upheld Mohamad Khir’s previous conviction under Section 165 of the Penal Code, which comes with a maximum two-year jail term or fine or both.

On December 23, 2011, the Shah Alam High Court convicted Mohamad Khir of corruptly using his position as then Selangor MB and Selangor State Development Corporation (PKNS) chairman to obtain land and property below the market price in 2007.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (right) arrives at the Federal Court in Putrajaya, September 29, 2015. — Picture by Yusof Mat Isa

He was given a 12-month jail sentence after being found guilty of obtaining two plots of land and a bungalow in Section 7, Shah Alam for himself and his wife Zahrah Kechik, from Ditamas Sdn Bhd through its director Datuk Shamsuddin Hayroni with the inadequate payment of RM3.5 million in 2007.

He was charged with knowingly obtaining a valuable thing as a public servant without paying adequate consideration for the property that Ditamas had itself purchased at RM6.5 million in December 2004, and doing so with the knowledge that Shamsuddin had official dealings with him.

On May 30, 2013, Mohamad Khir lost his appeal at the Court of Appeal against his conviction and one-year jail term.
Quote fire_place 29-9-2015 04:20 PM
Songlap juta2 setahun penjara??
Kang kalau org pertikaikan jgn plak marah..
Contoh sistem keadilan yg telus.
Quote gekkou 29-9-2015 04:25 PM
setahun jek?
yang cuti susu sampai bertahun2 ko bagi
nnti bebas awal sbb berkelakuan baik
Quote pehbedah 29-9-2015 04:26 PM
lepas ni beli je pulau duduk sana..memalukan betul..
Quote amone 29-9-2015 04:31 PM
emmm...setahun jer?
Quote mahmoode 29-9-2015 04:38 PM
rumah dia macamner lak? kena sita tak?
Quote samax 29-9-2015 04:45 PM
kalu berkelakuan baik 8 bulan ja
Quote samax 29-9-2015 04:47 PM
so,rumah & tanah tu apa jadi? dapat kat sapa?
Quote cm_matjawasp 29-9-2015 04:48 PM
Tengok bini dia badan pun dah gempal jalan pun mengah
Quote Steelheart 29-9-2015 04:48 PM
Xde reporter yg gegeh nk interview ydp yg dpt penyapu utk bg sepatah 2 kata ke?
Quote MH37O 29-9-2015 04:49 PM
den selalu terpikir, org2 umno yg disabit kesalahan dan dipenjara ni, betul ke dia dipenjara??? ke just nak sedapkan hati rakyat je...tah2 d "penjara" dlm rumah agam aje...tunggu sampai tamat tempoh baru keluar tayang muka...
Quote Al-Patih 29-9-2015 04:49 PM
Huray....bolih masuk bertanding lagiq...
Quote giyomi 29-9-2015 05:48 PM
Bole caya ker dia masuk pnjara ker propa jer. Dlm camne pon si isteri gigih nak share dia. Tangkap si tino tu sekali yg pnh amik duit persatuan apa ntah dl. Wlpn makan duit haram tapi msh nak berlagak.
Quote jofizo 29-9-2015 05:49 PM

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang  di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan  mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.  Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11.  Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12.  Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16.  Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25.  Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26.  Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.


Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Catatan ini dipetik dari blog www.drkhir.com. Pada 29 September 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada beliau atas sabitan kes rasuah.







Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060939 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top