CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Baling Botol Kaca Arak Dari Tingkat Atas Apartment Di Dang Wangi Diburu

3-2-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1335| Komen: 7

Description: KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang sengaja membaling botol kaca arak dari tingkat atas sebuah apartment ke arah jalan raya yang sesak, undang kemarahan orang ramai.
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang sengaja membaling botol kaca arak dari tingkat atas sebuah apartment ke arah jalan raya yang sesak, undang kemarahan orang ramai.

Rakaman video tular yang berdurasi 43 saat itu menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab pelaku berbaju kelabu tersebut yang dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy1.



Pengguna tersebut dengan tegas menyatakan tindakan lelaki tersebut sangat kurang ajar dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat serta memberi pengajaran setimpal kepada pelaku.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika ada kenderaan turut terkena balingan botol arak terbabit dan juga di mana botol tersebut pecah.



Jurucakap Polis Kuala Lumpur berkata, tindakan lelaki tersebut dipercayai berlaku di Dang Wangi.

“Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi. Polis Kuala Lumpur akan jalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 3-2-2023 11:00 AM
nowadays, ppl will do anything for likes and fyp..
mohon kantoi and masuk lokap..rasain lo..
Quote KamikuP 3-2-2023 11:02 AM
Cina bukit ke cina jinjang yg baling tu?
Quote HabukBesi 3-2-2023 11:03 AM
nampak sgt banyak free time
Quote nononcrux 3-2-2023 11:19 AM
DayangKirana replied at 3-2-2023 11:00 AM
nowadays, ppl will do anything for likes and fyp..
mohon kantoi and masuk lokap..rasain lo..

pastu pakat ramai-ramai baling botol kaca ke dia, baru dia rasa sakitnye mcm mana kalau kena.. eh geram aku bodo piang btl
Quote cikatilia 3-2-2023 01:35 PM
imagien tgh jalan2 naik keta ka motor ke
pangg kena kepala
Quote babelina 3-2-2023 02:19 PM
aku dh tgk video nie.. rasa nk hempuk blk kt pala bdk nie.. geraammmmmm jer aku!!!
Quote Decaffeinated 3-2-2023 04:55 PM
Inilah hikmahnya islam mengharamkan arak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.239567 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top