CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waktu Persekolahan Bermula Pukul 8 Pagi Dimulakan Di Sekolah Satu Sesi Dahulu

3-2-2023 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1967| Komen: 27

Description: SHAH ALAM – Pelaksanaan cadangan sesi persekolahan bermula pukul 8 pagi boleh dimulakan di sekolah satu sesi dahulu manakala bagi sekolah dua sesi dikekalkan seperti yang diamalkan sebelum ini.
SHAH ALAM – Pelaksanaan cadangan sesi persekolahan bermula pukul 8 pagi boleh dimulakan di sekolah satu sesi dahulu manakala bagi sekolah dua sesi dikekalkan seperti yang diamalkan sebelum ini.

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, data menunjukkan dua pertiga sekolah di negara ini adalah satu sesi dan selebihnya masih sekolah dua sesi.


Foto: kosmo

“Sekiranya berhasrat menjadikan sekolah dua sesi bermula pukul 8 pagi, usaha untuk mengurangkan silibus atau bilangan mata pelajaran juga boleh dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) seperti yang dicadangkan oleh ramai pihak.

“Misalnya menggabungkan pendidikan Islam dengan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Tidak ada keperluan menambah masa sesi petang sehingga sesi sekolah petang tamat lebih lewat daripada sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas maklum balas diterima daripada guru dan ibu bapa susulan cadangannya sebelum ini supaya KPM memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi.

Anuar menjelaskan sesi persekolahan pukul 8 pagi itu tidak akan merumitkan keadaan sama sekali dengan ibu bapa kekal meneruskan rutin harian mereka seperti biasa.

Ujarnya, cadangan ini memberikan lebih masa dan ruang untuk ibu bapa menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah di awal pagi dengan lebih tenang.

“Guru-guru juga mempunyai lebih masa di awal pagi serta dapat membuat persiapan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

“Selain itu, guru juga kekal hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi, mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh KPM. Pintu pagar sekolah kekal dibuka seperti waktu sekarang. Tiada yang berubah,” ujarnya.

Menurut beliau, hampir semua sekolah sekolah antarabangsa di negara ini mengamalkan sistem sekolah bermula pukul 8 pagi selain sebahagian besar sekolah swasta dan sekolah persendirian.

Malah ada sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kerajaan Negeri yang telah lama mengamalkan sistem sekolah pukul 8 pagi.

“Ibu bapa boleh kekal hantar anak-anak ke sekolah seperti waktu sekarang. Sekolah kekal dibuka seperti biasa. Anjakan masa 30 minit memberikan kelapangan pada keluarga yang memerlukan lebih masa di awal pagi.

“Amalan di negara maju, waktu awal sekolah sebelum pembelajaran bermula adalah waktu ‘bertenang’ di mana murid-murid boleh melakukan banyak aktiviti seperti membuat persiapan pembelajaran, ulangkaji, membaca, berinteraksi dan bermain dengan rakan-rakan atau bersarapan,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Anuar sekali lagi menegaskan faedah bermula pukul 8 pagi memberikan lebih masa berkualiti ibu bapa bersama anak-anak termasuk solat subuh berjemaah dan bersarapan pagi.

“Faedah kepada kanak-kanak pula, keselamatan diri adalah keutamaan. Jika sekolah bermula pukul 8, mereka tidak perlu berjalan bersendirian di dalam gelap awal pagi seperti sekarang.

“Amalan sekarang, ada anak-anak yang berjalan kaki ke sekolah atau menunggu bas sekolah seawal pukul 6 pagi. Selain itu, bagi anak-anak yang tiba lebih awal ke sekolah, mereka dapat membuat persiapan awal, mengulangkaji dan bermain dengan rakan-rakan. Mereka lebih bersedia sebelum pembelajaran bermula,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-2-2023 10:47 AM
Mengarut tul dah tu parents nk g keje kul berapa?
Drop awal2 anak kat sekolah tak bahaya ke?
Yg setuju tu rata2 hat keje sendiri, influencer bagai mmg laa takde masalah nak hantar anak sekolah jam berapa pun.

Maaf tak setuju laa better masuk awal abis pun awal.

Quote kelip2_07 3-2-2023 10:56 AM
aku ok jer..ms dilmbtkn setgh jam jer..xde mslh ngan ms nk msk keje..antar jer mcm biasa..mcm msk 7.30..klu rs nk lmbt ckit keluar la lmbt ckit tu jer
Quote nononcrux 3-2-2023 11:16 AM
Semaknye nak bersaing jalan dgn budak-budak sekolah ni.. masuk je lah pkl 7.30, atleast pkl 7.45 dah lengang jalan dgn bas sekolahnya.. Abistu kalau masuk sama-sama pkl 8 office hour tak ke kelibut jalan raya tu?.. lemak sgt nak layankan bangun pkl 7-7.30am! ni la masa nak displinkan diri bgun awal subuh!
Quote VespaSilbe 3-2-2023 11:25 AM
Aduhhh.. tak buat kajian ke dulu.. buat mock up dulu ke seminggu.. pastu tgk respon makpak.. tak boleh brain... Nak dapat nama je masing2
Quote fish 3-2-2023 11:34 AM
dahtu waktu tamat sekolah pun dilewat 30 minit?
skrg pun pkl 1.15 baru habis, kalau dah jd dkt pkl 2 mcmana la anak nak pg KAFA pulak
yg skrg ni pun tegesa2, kalut semacam
Quote ayukpingu 3-2-2023 11:35 AM
adoii...makin jammed la jalan.
Quote bulan_gerhana 3-2-2023 11:43 AM
ini ade jenis mak pak mmg x anto anak gi KAFA ni... memang ade extra charges...

tapi pendapat iols lagi jemm la ustat ustazah yg mengajar kat sek ren biasa nak ajor anak2 bacaan solat dan bahasa arab...

FYI anak2 yg dihantar KAFA ni iols tgk ada lebih knowledge pasal extra subject agama... pasal adab, sirah dan bahasa arab... bile pegi belajar kat sek rendah.. ustaz ustazah dan anak2 xde masalah nak memahami terms2 ni... banding anak2 yg x pegi KAFA.. dah la mak pak pun x ambik berat pasal bende2 ni... bile dlm class jadi nganga..

utk tahap 1 penting juge KAFA ni.. bile dah Tahap 2.. derang dah byk activity KOKO yg wajib attend... masa TAhap 1 la kene polish betul2 pasal agama... yg non muslim .. iols x nak komen... derang pun ade kelas extra derang... itu pilihan mak pak...

setidak2nya.. implementation ni akan beri kesan pada sek aga rakyat... maybe kalau parents yg still pilih hantar ke KAFA & sek agama rakyat.. waktu tu akan ade clash dan maybe dilewatkan..

haihh kadang org bijak pandai ni x pikir byk sudut utk cari solution..
Quote hareeeesah 3-2-2023 11:43 AM
asal tukar kerajaan semua nk tukar. Yg perlu je lah oi… sekolah masuk blk jan tu ye aku setuju sebab semangat budak ² utk masuk tahun baru naik tahun juga.
Quote wolfheart 3-2-2023 11:48 AM
Sesi persekolahan belum dapat mula semula bulan januari, dah sibuk nak ubah waktu persekolahan. Masalah silibus, masalah buku teks berat dah selesai?
Quote bakawali_04 3-2-2023 12:36 PM
Suchi replied at 3-2-2023 10:47 AM
Mengarut tul dah tu parents nk g keje kul berapa?
Drop awal2 anak kat sekolah tak bahaya ke?
Yg setu ...

sama beb
ingat parents masuk kerja 8pg
nak hantar gi sekolah kul 7.30 ke
umah tu sepelaung aje agaknya
sah2 parents tetap hantar awal
macam ai masuk keje 7.30pg
kul 6.30pg dah kuar umah
kalau anak smpai sekolah 6.50pg
berapa lama dia nak tunggu
menyampaikan kul 8
Quote Innrukia 3-2-2023 01:09 PM
ini kan menteri bersastera utk sokong lantikan "nepotisme & tak follow requirement".
Apa nak diharap dgn kaki jilat mcm ni... benda basic failed utk faham apatah lagi implementation policy kerajaan dlm bidang pendidikan
Quote ulamalu 3-2-2023 01:17 PM
Teringat dulu bila waktu Sabah Sarawak diselaraskan, jadi mudah orang Semenanjung nak berurusan kerana waktu pejabat dah sama.

Ni dah elok waktu sama nak tukar jd x sama.
Quote harisbee 3-2-2023 01:18 PM
masuk jam 8 pg...jadi habis sekolah jam 1:50 pm...dah ganggu masa keje parents in case parent gi ambik anak balik.

Nak ikut style US ke...US masuk keje pun jam 10 kan...mmg sesuai la anak2 masuk jam 8
Quote Zeatyisaac 3-2-2023 02:29 PM
I tak setuju. Nanti lepas subuh, budak2 bantai tidur sekejap kononnya since sekolah pukul 8. Nak kejut bangkit kemain susah nanti.
Biarlah macam sekarang, lepas subuh, terus bersiap ke sekolah. Kekadang tu kalau subuh lewat, sempat lagi tahajjud. I stick to my opinion, sekolah je seperti biasa. As per one of the forumners said, 30 minutes later is not much difference.
Quote KamikuP 3-2-2023 04:02 PM
Meolls X setuju...neehii.. khabi neehii!!!
Quote noor2 3-2-2023 04:04 PM
Elokla tu...sb akak nk pi kerja dari 5 minit jd 15 minit ...dari rumah ke tempat kerja...stress akak
Quote kucingitam 3-2-2023 04:46 PM
sebabkan sorang guru komplen punch card merah sebab sampai on time 7 pagi, habis huru hara nak tukar satu malaysia sekolah pukul 8..
Quote wirazam 3-2-2023 05:59 PM
Sapa yg nak sgt mula sekolah pukul 8 Tu sila hantar ke sekolah swasta...kalau harap nak ke sekolah kerajaan, kenalah mula kul 7.30 ...ini nak latih juga anak anak sejak kecil bangun awai etc etc
Quote Decaffeinated 3-2-2023 06:58 PM
Perlu diingat pukul 7 di Malaya ni is actually baru pukul 6 sebab tu gelap. Mahathir dulu yang synchronise jam the whole country ikut Sabah punya time zone.

Ideally midday should be pukul 12 and daylight hours are divided equally on both sides of midday but not in Malaya.

btw sekolah start pukul 8 ni untuk parents keje swasta yang masuk kol 9


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055129 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top