CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Pakat Dengan 5 Anak Tinggalkan Suami Bankrap

3-2-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4560| Komen: 73

Description: Ramai warga emas kini hidup menderita apabila diisytiharkan bankrap di usia senja angkara gagal melunaskan hutang pinjaman yang sudah bertimbun sehingga harta benda mereka dilelong pihak bank.Lebih ma ...
Ramai warga emas kini hidup menderita apabila diisytiharkan bankrap di usia senja angkara gagal melunaskan hutang pinjaman yang sudah bertimbun sehingga harta benda mereka dilelong pihak bank.

Lebih malang apabila rumah tangga porak-peranda, isteri ‘lari’ membawa anak-anak tinggalkan suami dan ada individu muflis terpaksa menjual pisang goreng di tepi jalan untuk membayar hutang selain meraih simpati adik-beradik lain.

Seorang warga emas, Harun, 60-an, (bukan nama sebenar) berkata, namanya disenaraikan sebagai individu muflis selepas gagal melunaskan hutang pinjaman peribadi sebanyak RM7,000 dan pinjaman perumahan berjumlah RM78,000.

Menurutnya, kegagalan membayar hutang menyebabkan pihak bank mahu melelong rumah teres setingkatnya itu yang dibeli ketika bekerja di sektor swasta.


Gambar hiasan

“Selepas bersara, saya masih dapat meneruskan pembayaran bulanan menerusi kewangan yang sedia ada termasuk menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


“Namun, akibat terlalu banyak hutang dan duit simpanan sedia ada semakin susut, menyebabkan bayaran rumah tertunggak dalam tempoh agak lama sehingga bank mahu melelongnya dan nama saya pun diisytihar muflis.

“Gelap hidup saya apabila dimaklumkan telah bankrap. Saya tidak tahu hendak buat macam mana, menangis memikirkan masalah dihadapi selain terpaksa meraih simpati adik-beradik yang lain,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Harun memberitahu, biarpun anak-anaknya ada yang bekerja, namun pendapatan mereka tidak seberapa dan tidak dapat membantunya untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Buntu memikirkan masalah yang dihadapi, dia bertemu Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi mencari jalan penyelesaian untuk berunding dengan pihak bank serta Jabatan Insolvensi.

“Selepas rundingan, pihak bank boleh melepaskan (daripada status bankrap) dengan melangsaikan hutang sebanyak RM16,000 terlebih dahulu.

“Jadi, saya dan isteri menjual pisang goreng di tepi jalan untuk mengumpul wang bagi menyelesaikan hutang tersebut,” ujarnya.

Berbeza pula masalah dihadapi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar, 68, yang diisytihar muflis selepas syarikat diusahakannya gulung tikar akibat pandemik Covid-19, sekali gus menanggung kerugian besar.

“Syarikat saya menawarkan khidmat membekal pekerja asing dan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditutup serta tidak dapat diselamatkan. Akibatnya saya menanggung kerugian sehinggakan perniagaan jatuh bankrap.

“Lebih parah apabila saya menghadapi masalah dengan isteri yang menyebabkan dia berpakat dengan lima anak kami untuk tidak ambil peduli dengan masalah yang saya hadapi sehingga mereka sanggup keluar rumah,” ujarnya.

Katanya, dua rumahnya telah dilelong dan kini terpaksa menyewa seorang diri di bilik kecil.

“Sedih memang sedih, namun apa pun saya perlu kuat semangat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah hutang tersebut.

Seorang lagi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Zubir, 66, berkata, dia telah diisytiharkan muflis selepas hutang pinjaman kelima-lima rumahnya tidak dilunaskan.

Ujarnya, masalah itu berlaku selepas anaknya yang dipertanggungjawab untuk membayar duit bulanan kesemua rumah tersebut gagal berbuat demikian.

“Disebabkan saya menghadapi masalah kesihatan, saya beri duit kepada anak supaya dia membayar pinjaman rumah, tetapi tidak, sehingga nama saya pula diisytihar bankrap.

“Selepas berunding dengan bank, saya perlu membayar kira-kira RM500,000 sekali gus untuk mengeluarkan nama daripada senarai bankrap.

“Angka tersebut sememangnya tinggi dan saya boleh menjual rumah tersebut, tetapi sudah tentu mengambil masa untuk mencari pembeli,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 3-2-2023 11:22 AM
siapa la sial sgt buat gini kat bapak sendri.. hidup tak berkat
Quote rikiruj 3-2-2023 11:31 AM
Kita pun sendiri kena prepared.. even anak2 sendiri.. apa2 aset depa nak beli kena guna nama sendiri, kalu tak lepas maknanya depa tak mampu la.. anak baru grad dan baru dapat keje nak beli kete, maybe boleh tolong la bagi down payment tapi nama loan & kete nama dia lah.  Kalau Loan tak lepas, kena la gi leje naik moto ke public transport ke… aku dulu masa mula keje naik bas je..
Quote gigahertz 3-2-2023 06:19 PM
kekadang kena check source income tu jugak. halal ke haram ke.
Quote Abc246 3-2-2023 10:40 PM
Kesian kat semua pihak yg terkesan dari covid ni huhu
Quote rogayahtop 6-2-2023 08:06 AM
Yg sedihnya bila baca pasal kes bankrap ni yg selalu dihighlightkan hanya kisah2 jantan2 gaji 1.4k beli honda.




Quote TOPwind 6-2-2023 08:21 AM
bila ade duit joli

Quote izwan_izi 6-2-2023 08:42 AM
Jenis pompuan yg hanya bermodalkan pusi utk hidup mewah diatas keringat lelaki...
Quote kepompong 6-2-2023 08:42 AM
gigahertz replied at 3-2-2023 06:19 PM
kekadang kena check source income tu jugak. halal ke haram ke.



mmg kaya jugak lah kan… buat loan property byk tapi endingnya 500k aje hutang. Dia tak aware ke skrg sebijik rumah teres lot tengah pun harga 500k biasa aje

sbnrnya bila keadaan mendesak, dia boleh je manipulate duit/loan tapi mungkin la faktor usia/kesihatan. Health is wealth
Quote makadek 6-2-2023 09:36 AM
Teringat sorang mamat ni hobi dia buat hutang... Gegila turn off
Quote monreyes 6-2-2023 09:52 AM
kalau banyak beli property, kena setel semasa masih sehat...
dah sakit terlantar, ntah apa2 anak ko buat nanti...
Quote mejaputih 6-2-2023 10:03 AM
Beli 5 biji rumah...utk anak2 ke?
Quote sharlenetexas 6-2-2023 10:08 AM
gigahertz replied at 3-2-2023 06:19 PM
kekadang kena check source income tu jugak. halal ke haram ke.

Rasa krik2 juga biz supply pekerja asing. Takut ada yg teraniaya dan doa dia termakbul.

Quote kepompong 6-2-2023 10:12 AM
makadek replied at 6-2-2023 09:36 AM
Teringat sorang mamat ni hobi dia buat hutang... Gegila turn off

i ada ex-classmate camtu. Mmg lambat dpt jodoh. Siapa entah nak hadap perangai suka buat hutang & liat bayar tapi mmg dia beli property je pun… bukan foya2 .. & sejenis introvert… Endingnya kawen jugak… kwn sebaya anak2 dah masuk u, anak dia masih sekolah rendah
Quote kepompong 6-2-2023 10:13 AM
monreyes replied at 6-2-2023 09:52 AM
kalau banyak beli property, kena setel semasa masih sehat...
dah sakit terlantar, ntah apa2 anak ko  ...

ambik maximum tenure. mana nak tahu sakit
Quote makadek 6-2-2023 10:46 AM
kepompong replied at 6-2-2023 10:12 AM
i ada ex-classmate camtu. Mmg lambat dpt jodoh. Siapa entah nak hadap perangai suka buat hutang &  ...

Mamat ni kad kredit.. Tp dia rajin belanja aku
Paling mahal hp vivo masa 1st edition 1k gakla
Quote gigahertz 6-2-2023 11:07 AM
sharlenetexas replied at 6-2-2023 02:08 AM
Rasa krik2 juga biz supply pekerja asing. Takut ada yg teraniaya dan doa dia termakbul.

Penyakit kusta dan tibi naik balik sebab diorang ni la.
Quote Burong_Hantuk 6-2-2023 11:08 AM
tergamak ehhhh
Quote Skuau 6-2-2023 11:41 AM
gigahertz replied at 6-2-2023 11:07 AM
Penyakit kusta dan tibi naik balik sebab diorang ni la.

kalo 'kena' pung rakyat...222 orang + kapitalis..tu semua...menikmati idup depa dgn sebaik mungkin drp hasil warga asing ni semua.
Quote ina_na 6-2-2023 12:15 PM
Nsb baik bl rumah cash sblm COVID ari tu.. sesak2 skrg ni pun hutang semua X de..kete pun dah abis bayo .bawak je la..nk bl baru mls dah nk hidup dlm hutang..lantak la org kata kete buruk ke pe ke..janji enjin sihat..leh drive sana sini sudah...untung la sape banyak cash.. ekonomi makin crash..makin seronok la tambah aset..banyak la tanah lelong,rumah lelong,kete lelong..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060505 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top