CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afifah Nasir Nak Bakal Suami Yang Tiada Media Sosial, Tak Kerja Dalam Bidang Hiburan Dan Hormat Privasi

31-1-2023 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1786| Komen: 16

Description: Afifah Nasir mahu bakal suaminya seorang tidak terlalu 'hidup' dengan media sosial, tidak memiliki kerjaya dalam bidang hiburan dan menghormati ruang peribadinya.
Afifah Nasir mahu bakal suaminya seorang tidak terlalu 'hidup' dengan media sosial, tidak memiliki kerjaya dalam bidang hiburan dan menghormati ruang peribadinya.

Afifah berkata, tidak semua perkara dia akan kongsikan di media sosial dan dia juga tidak gemar meletakkan gambar teman lelaki di Instagram.


Foto: IG

"Memandangkan saya meletakkan had untuk ruang peribadi, saya juga tertarik dengan lelaki yang tidak terlalu taksub dengan media sosial. Bukan semua perkara perlu dimuat naik.

"Kalau boleh tiada akaun media sosial lebih baik. Tetapi, zaman begini jaranglah orang tidak ada Instagram, kan?

"Itu juga antara faktor menarik minat saya untuk menjalinkan hubungan ke arah serius bersama teman lelaki. Dia bukan orang industri dan tidak aktif dengan media sosial," katanya.



Afifah berkata, dia dan bakal suaminya hanya mampu merancang, namun semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

"Perancangan itu memang ada, cuma saya akan sibuk sepanjang tahun sebab ada beberapa tawaran kerja yang saya dah setuju dari awal. Jadi, tak elok pula kalau nak batalkan sebab nak berkahwin.



"Kalau tanya saya, mestilah saya nak (langsungkan) secepat mungkin. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 31-1-2023 05:46 PM
Still Anzalna lawaa..
Quote Sunkiss8999 31-1-2023 06:07 PM
Harap rambut jelah lawa
Quote heythere123 31-1-2023 07:10 PM
sori tapi rambut dia over nau kepok kepok tu
Quote bulanbulat 31-1-2023 09:30 PM
Yang doktor tu yg mana satu?

Nazirah nasir tu ada phd in molecular biology.
Dia pun tgk dean list uni iowa mana ntah.

Dahla semua groomed elok, kurus, parents background elok
Quote dudaberhias 31-1-2023 11:09 PM
nak somi yang takde media sosial atau tak gila media sosial???

ko cari kelindan lori je dikkk... hari2 dia bawak lori takde masanya nak bermedia sosial... takpun pembancuh baja organik taik ayam atau laki2 yang kerja buat bendang yang duduk di ulu2 kampung takde line internet... insyaallah dapat lelaki yang baik2, rajin bekerja dan bertanggungjawab... lagipun sekufu dan sesuai dengan rhoperrr badan gittewww...
Quote SpyLeman 31-1-2023 11:21 PM
Si pipah ni dlm gambo lawo tapi IRL berlopak sana sini kat muka dia kan?
Quote ohsoyaya 1-2-2023 04:55 AM
Sama dgn kriteria iols. Iols turn off sgt dgn lelaki yg kuat selfie, buat video fefeeling letak lagu rock kapak, update status berjela, sibuk bg pendapat ttg isu semasa, kaki komen kt pesbuk, ada tiktok tu semua. Iols geli. Lg2 yg mcm laki patin pipah tu. Red flagggg
Quote melinda_kerr 1-2-2023 05:41 AM
Pelik kau boleh pulak bermedia sosial tpi bakal laki kau tk boleh. Kau kawin dgn org tua jerlah, org tua jrg nk layan sosial media
Quote ReginaGeorge 1-2-2023 06:03 AM
Kalau macam tu tak payah la berlaki. Red flag sgt kau ni..
Quote miss_strangers 1-2-2023 06:16 AM
melinda_kerr replied at 1-2-2023 05:41 AM
Pelik kau boleh pulak bermedia sosial tpi bakal laki kau tk boleh. Kau kawin dgn org tua jerlah, org ...

Orang tua zmn skrgla hp berjahit kt tangan
Quote BknMaksum 1-2-2023 06:50 AM
dudaberhias replied at 31-1-2023 11:09 PM
nak somi yang takde media sosial atau tak gila media sosial???

ko cari kelindan lori je dikkk... ha ...

Hahahah ini kelakarrr
Quote tomaz 1-2-2023 08:25 AM
bulanbulat replied at 31-1-2023 09:30 PM
Yang doktor tu yg mana satu?

Nazirah nasir tu ada phd in molecular biology.

Ade i tertengok 1 video nazirah ni duk ajar budak2.. nampak helok je cara dia melayan.. x igt video pasal ape tp tersuka pulak tgok dia
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 08:28 AM
stayle rambut macam ponen2 zaman 80an
Quote rosedemon 1-2-2023 08:30 AM
sukati kolah dekkkkk
Quote HoneyManjer 1-2-2023 09:28 AM
citer ni baru nak report ke macam mane...
sbb tajuk tak mengambarkan kisah sebenar yg tengah berlaku
hahahah
nasib ko la dek non
Quote Rogue98 1-2-2023 11:07 PM
Xde boyfren lah tu....lamberttttt lagi...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061458 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top