CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fyna Bergaduh Dengan Madu, Ahli Keluarga Tak Suka, Tak Sokong!-Ayda Jebat

31-1-2023 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6411| Komen: 32

Description: Insiden pergaduhan yang didakwa membabitkan Fyna Jebat dengan madunya, Datin Zalina Zaini, baru-baru ini hakikatnya tidak disokong ahli keluarga penyanyi itu.
Insiden pergaduhan yang didakwa membabitkan Fyna Jebat dengan madunya, Datin Zalina Zaini, baru-baru ini hakikatnya tidak disokong ahli keluarga penyanyi itu.

Sebagai kakak, penyanyi juga pelakon Ayda Jebat mempertahankan tindakan terus berada di sisi Fyna sebagai ukuran kepada sokongan atau ‘membenarkan’ segala tindak-tanduk adiknya itu, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab saat ahli keluarga berdepan dugaan.



Foto: IG

“Saya tidak memberikan sokongan kepada adik saya kerana bagi saya perkara tersebut merupakan tanggungjawab sebagai kakak untuk melindungi seorang adik.

“Memberi sokongan tidak bermakna kita setuju dengan setiap tindakannya, tetapi kalau mengenai keluarga sepatutnya kita sentiasa berada di sisinya.

“Macam mana baik, buruk atau jahat sekali pun seseorang, dalam keluarga yang penting air dicincang tidak akan putus,” katanya kepada Kosmo! Online.




Perkara tersebut merujuk kepada cara penyanyi Pencuri Hati itu yang menjadi jurucakap atau rujukan kepada Fyna saat berdepan kontroversi perkahwinannya dengan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin.

Sejak berita pernikahan mereka tersebar dan kemudian disahkan Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat sekitar tiga minggu lalu, kakaknya yang lebih banyak menjawab persoalan media.

Sementara itu, Fyna memaklumkan dia sangat beruntung mempunyai kakak seperti Ayda yang sering bersuara bagi pihaknya jika berlaku sebarang insiden.



Akui Ayda, dia sering menasihatkan Fyna terus cekal apabila dihambat dengan kontroversi selain menjadikan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Bagi saya, ini adalah asam garam sebagai artis dan dia pun tidak mahu menghadapi semua perkara yang meraih perhatian sebegini sejak dahulu lagi.

“Cuma saya sudah maklumkan awal-awal kepadanya untuk menganggap perkara tersebut sebagai pembelajaran,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Famili Duo.



Dalam pada itu, Ayda tetap akan berada di samping Fyna memandangkan adiknya tidak biasa dengan isu tular yang telah terjadi pada dirinya.

Katanya, dia akan terus menjadi pembimbimg adiknya itu yang dirasakan belum lagi memahami sepak terajang industri hiburan dengan mendalam.

“Ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum kerana isu kecil boleh jadi besar jadi sebaiknya mendiamkan diri.

“Saya akan tetap berada disini untuk menjadi pembimbing walaupun sudah lama berada dalam industri ini dan masih rasa tidak bagus.

“Fyna juga tidak mampu mengendalikan isu tular yang timbul kepada dirinya yang berlaku baru-baru ini,” jelasnya.



Terdahulu, Fyna enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu pergaduhan bersama madunya sehingga didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam.

Sebelum ini, Fyna mengesahkan perkahwinannya bersama Zainal, 62, namun dalam masa sama enggan memperincikan butiran pernikahan mereka kepada umum. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 31-1-2023 04:16 PM
Elok lak dia tak cedera ke? Setazah sekolah agama yg gaduh tarik tudung dlm kelas tu sampai cedera parah.
Fyna elok lak boleh nyanyi2 lagi, maybe hanya uban je yg tercabut kot.
Quote umbut 31-1-2023 04:24 PM
Takda problem cari problem. Nak jugak ngan laki org plus tua rentung. Ko x nasihatkan adik ko ke. Desperate sangat nak berlaki
Quote Sachacha 31-1-2023 04:36 PM
Jongosnya rupa fina ni..
Quote uori 31-1-2023 05:00 PM
Katanya, dia akan terus menjadi pembimbimg adiknya itu yang dirasakan belum lagi memahami sepak terajang industri hiburan dengan mendalam.


hangguk dia sepak terajang industri hburan.
sendiri yang carik masalah
Quote babelina 31-1-2023 05:39 PM
hrtu xnk komen, nie bckp pula..
ptt dari mula ko x sokong..
Quote Sazreena 31-1-2023 05:56 PM
Meh sini aku terajangkan pina hawau ni...selera ko eh all black.
Quote dua_chzy 31-1-2023 06:06 PM
Memang nampak aura Ayda lagik kuat bersinar2 banding Fina ok.

Padehal dalam AF dulu kemain budak (budak lagi kew?) Fina ni disanjung2 dipuji2. Korang la tu. Aiol memang tak rooting kat sheols lansung masa zaman AF.
Quote I.K.A888990 31-1-2023 06:13 PM
aku sampai skrg tak boleh nak hadam camne penerimaan keluarga fina bila dia nk kawen dgn abe botak dia tu. scary plak pikir haha
Quote arwenlotr 31-1-2023 06:17 PM
umbut replied at 31-1-2023 04:24 PM
Takda problem cari problem. Nak jugak ngan laki org plus tua rentung. Ko x nasihatkan adik ko ke. De ...

dia pun tak cantik tu lah level lelaki dia
Quote takayama 31-1-2023 06:18 PM
lawa lg kakak dr adiknya
itu jer nk komen
Quote margo20 31-1-2023 07:13 PM
Kakak pulak yg sibuk komen
Quote babycc 31-1-2023 07:22 PM
Fyna nampak berisi betul pdhal dulu halus je masa AF.. mmg ada isi ke??
Quote dudaberhias 31-1-2023 07:24 PM
berebutkan botol kicap atau kayu arang punya pasal...

harap2 ada cameo isteri pertama dalam family duo minggu hadapan...
siap sesi dan adegan tarik rambut serta menghenyak dan mendebik sesama sendiri atas pentas...

boleh overshadow si mami lampir...
Quote awanearisu 31-1-2023 07:28 PM
Ternyata mendiang Elizabeth Taylor sahaja yang mampu membawa solekan Cleopatra.

images (2).jpeg
Quote cik_ingeniare 31-1-2023 07:40 PM
Itu jalan yang adik hang pilih ayda oii..
Quote lyshafull 31-1-2023 07:41 PM
Kalo mcm ni x kemana pun
Ayda pun bukn pemes mana pun
Dulu banyk job sebb dengn sistur je
Lepas tu mula2 slow smpai la kahwin
Rezeki dia sebb jadi duta
Maybe cara dia bawk diri and cara dia jawab
Ko blaja la dari situ dulu pina oii
Ni jawab mcm minh rempit
Quote kukukatablog 31-1-2023 08:25 PM
Aida Jebat ni mcm muka ustazah Asma Harun pon ada
Quote chilly 31-1-2023 09:22 PM
Macam faradhiya muka fyna ni. Ketul muka mcm tushee.
Quote Hoola 31-1-2023 11:00 PM
nk proses pmblajaran apalg
amik org punya tu la obatnyaaaa

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062160 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top