CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setiap Drama Kacau Rumah Tangga Orang, Memang Mamposlah,"- Sharnaaz Ahmad Minta Artis Penyondol Digam

31-1-2023 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8569| Komen: 118

Description: Sejak pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan.
Sejak pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan.

Pendedahan tersebut juga menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan selebriti yang turut melahirkan rasa geram dengan keberanian aktres tersebut cuba menyondol Aliff daripada Bella.


Foto: IG

Menerusi hantaran di Instagram Story, aktor Sharnaaz Ahmad, 38, turut meluahkan rasa geram terhadap isu tersebut dan berpendapat pelakon berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan sikap buruk itu.

Tidak hanya menujukan kepada sebelah pihak, Sharnaaz berkata, baik lelaki atau perempuan, kedua-dua sepatutnya digam daripada terus muncul di televisyen sekiranya buat 'hal' di set penggambaran.

"Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen," katanya.





Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak pernah mempunyai pengalaman seperti itu dan apa diluahkan hanya sekadar pandangan secara umum.

"Saya tak terlibat dalam cerita ini," ujarnya ringkas.

Sementara itu, pelakon Nabila Huda juga turut menyelar tindakan heroin berkenaan yang dikatakan bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya akan terjejas.

"Siapa perempuan itu? Yang shooting sekali dengan Aliff itu ke? Pelakon baru, kan? Meh sini aku ganyang dia, mengada 'ter' suka suami orang.

"Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur di set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya awak sebagai pelakon.

"Tak boleh nak kawal nafsu dan foksu bukan untuk berlakon tapi menyundal dekat set," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Nabila juga menasihati aktres berkenaan agar tetap fokus tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon semasa di set penggambaran.

"Tolonglah, buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka ke, terlanjur ke, please lah! Fokus dengan apa yang awak buat. Jadi seorang pelakon yang bagus dan hebat. Bukan jadi pelacur yang hebat! Faham?," tambahnya.

Terdahulu, Bella mengakui tindakan memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini memang ditujukan kepada aktres tersebut sebagai satu bentuk amaran agar tidak menggangu rumah tangganya.

Bella berkata, selain mengakui menyukai Aliff kepadanya, pelakon wanita tersebut turut mahu berkawan dengannya meskipun ditolak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 31-1-2023 03:03 PM
Cuba kalau pelakon perempuan tu try kau, mesti kau tak marah gini kan? Kekeke
Quote epal_putih 31-1-2023 03:08 PM
Xda yg nk try mamu kah
Haha
Quote enchante78 31-1-2023 03:10 PM
epal_putih replied at 31-1-2023 03:08 PM
Xda yg nk try mamu kah
Haha

Takde gaknya sebab tu dia rasa sore sangat  
Quote Mademoisellee 31-1-2023 03:14 PM
sahih la ek si sopeahsondolsundels ni dah banyak kali buat hal? mmg nama dia dah busuk sebusuknya di kalangan artis kottt dah semua komen benda sama
Quote Cleocatra 31-1-2023 03:15 PM
Dia nak jugak menyelit. Kau layan anak kau yang lidah terjulur tu sudah.
Quote akuHavocczz 31-1-2023 03:15 PM
Artis gangster, kaki pukul pun elok digam
Quote Sachacha 31-1-2023 03:17 PM
Nak menyelit jgk si kepam ni
Quote NazRysha 31-1-2023 03:19 PM
Cleocatra replied at 31-1-2023 03:15 PM
Dia nak jugak menyelit. Kau layan anak kau yang lidah terjulur tu sudah.

hahahahah budak tu pelat kan
Quote cikperiukkera 31-1-2023 03:20 PM
Alahaiii yg mengomen ni pn x semenggah .. sape je x tau sejarah nabila & nenas ni
Quote Cleocatra 31-1-2023 03:20 PM
NazRysha replied at 31-1-2023 03:19 PM
hahahahah budak tu pelat kan

Pelat tu memang, tapi lidah macam terlebih panjang. Terjelir sentiasa
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 03:21 PM
sebokkk jugak nak komen si jambang busuk ni
Quote Carcosa 31-1-2023 03:24 PM
Halah halah, nak jugak si bai roti ni
Kau lagi suka dia menyundal dgn jantan duda yg diceraikan oleh isteri nya kah??
Quote Amelyn22 31-1-2023 03:30 PM
Mademoisellee replied at 31-1-2023 03:14 PM
sahih la ek si sopeahsondolsundels ni dah banyak kali buat hal? mmg nama dia dah busuk sebusuknya di ...

Serius la betul dia ni. Mcm tak nak percaya boleh tak.huhu.  So pelakon2 lelaki yang pernah berlakon/bekerjasama dalam drama2 sebelum ni tak nak komen pape ke mcm Aaron, Aeril, Izzue ke..
Quote AbdulSmokeyy 31-1-2023 03:30 PM
Elehhh ko mamu jgn bias la hanat! Yg rela disondol dan tersondol mcm director film yg ko berlakon skrg tknk ban ke? Pakat2 jgn tengok film dia keluar nanti!
Quote zaraaqilah 31-1-2023 03:30 PM
semoga berjodohanlah dgn abg mamu...dua2 single
#tetiba teringat abg Jebat#
Quote winky1 31-1-2023 03:47 PM
prizadane replied at 31-1-2023 03:03 PM
Cuba kalau pelakon perempuan tu try kau, mesti kau tak marah gini kan? Kekeke

Mamu single no problem.
Quote Pak.dolla 31-1-2023 03:48 PM
Selatutnya kaki gado dan kes tumbuk pun patut digam...
Kaki mencapap pun patut di gam..
Quote Pak.dolla 31-1-2023 03:50 PM
epal_putih replied at 31-1-2023 07:08 AM
Xda yg nk try mamu kah
Haha

Pompuan malang mana nk try dia?
Quote winky1 31-1-2023 03:50 PM
Cleocatra replied at 31-1-2023 03:20 PM
Pelat tu memang, tapi lidah macam terlebih panjang. Terjelir sentiasa

Kena train to keep his tongue inside and  up...masa minum air pun kena control . ..lama2 ok . Especially budak2 lagi.

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.185012 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top