CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam Bengang Babak Dikaburkan Dan Dialog Disenyapkan "LPF Jangan Kolot, Ini Bukan Tahun 1960-An 1970-An"

31-1-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2494| Komen: 13

Description: Datuk Yusof Haslam kesal dengan tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila beberapa babak dalam filem terbitannya, Harum Malam terpaksa dikaburkan dan disenyapkan dialog bagi mendapatkan klasifika ...
Datuk Yusof Haslam kesal dengan tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila beberapa babak dalam filem terbitannya, Harum Malam terpaksa dikaburkan dan disenyapkan dialog bagi mendapatkan klasifikasi P13.


Yusof berkata, LPF sepatutnya lebih bersikap terbuka dan tidak berada pada tahap pemikiran lama.


Foto: Harian Metro

"Saya kesal kerana banyak dialog-dialog yang tidak semestinya melalui proses tapisan. Namun, saya berharap pada masa mendatang LPF akan lebih bersikap terbuka.

"Kalau kita tengok dalam platform penstriman seperti Netflix semuanya terbuka, jadi kenapa nak bodohkan penonton. Ini adalah kritikan terbuka saya kepada LPF.

"Sebenarnya kita perlu ada perubahan, jika tidak kita akan 'stagnant' (tidak berubah). Sebelum ini pun saya pernah suarakan kepada LPF dan harapnya orang-orang yang duduk di LPF buka minda.

"Kenapa perlu kita sempitkan pemikiran. Saya harap LPF jangan berada dalam pemikiran lama. Ini bukan tahun 1960-an atau 1970-an, sebaliknya kita sudah jauh ke depan serta sudah memasuki ke era digital," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Filem Harum Malam, di sini, semalam.


Sementara itu, pengarah Harum Malam, Dain Said menegaskan 14 babak yang terpaksa dikaburkan dan disenyapkan dialog mempunyai kaitan dan saling berkait rapat dengan kehidupan semasa.

"Saya bukan nak cakap keras (lantang) tetapi bila kita bercakap soal penapisan, sudah tentu kami sebagai penggiat filem bertanggungjawab terhadap setiap karya yang dihasilkan.

"Kami bukan suka-suka nak buat sesuatu yang memberi nilai kejutan. Kalau dengar dialog-dialog ini semuanya berkait rapat dengan kehidupan hari ini serta perjalanan filem itu sehingga ke pengakhirannya," katanya.

Harum Malam dibintangi barisan pelakon handalan antaranya Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.

Filem ini turut mengetengahkan pelakon muda Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Filem terbitan syarikat produksi Apparat ini turut bekerjasama dengan D'Ayu Pictures serta Skop Productions.

Filem seram ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Februari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 31-1-2023 04:40 PM
Kalau dah Dain Said pengarah, pelakon2 semua method, sah2 naskah berat..
Hopefully leh kutip leh 10juta la…
Quote fadz84 31-1-2023 06:13 PM
Perawankota replied at 31-1-2023 04:40 PM
Kalau dah Dain Said pengarah, pelakon2 semua method, sah2 naskah berat..
Hopefully leh kutip leh 10j ...

Dukun dulu dpt 10 juta kan?
Quote Perawankota 31-1-2023 07:43 PM
fadz84 replied at 31-1-2023 06:13 PM
Dukun dulu dpt 10 juta kan?

Dukun almost 10j, Interchange almost 500k, bunohan dalam 700k..
Quote sharlenetexas 31-1-2023 08:11 PM
Tahun 60/70an tu la banyak giler scene daring.


Quote oggy 31-1-2023 11:11 PM
Tak payah compare dgn Netflix, even drama2 Melayu nowadays pun byk scene daring & skrip double meaning. Belum kira rancangan pelawak2 kat Astro lagi tu.. dah lama aku tak tgk, ntah ada perubahan ke tak
Quote bondeh 1-2-2023 01:50 AM
Nadiya Nisa tuh laku sebab Dira stop berlakon. Kalau jenis cerita2 gini Dira tuh yang sesuai daripada NN mulut ternganga acah2 A lister cam SeripahMani tiberrr
Quote dudaberhias 1-2-2023 02:30 AM
gigih tapis menapis dialog dan bahasa... tapi cikki dan jejan berpegangan bergentel dan cerita bini muntah2 tanda mengandung lepas henjut laju jah boleh keluar skrin TV...

memang dah soo yesteryears dah industri filem ke drama malaysia ni tok lam... kena terima je lah atau makan pop corn tunggu terkubur... negara jiran lagi mendunia dah pun... takde tapis2 benda yang tak perlu tapis...
Quote rosedemon 1-2-2023 08:31 AM
hmmmm movie keluaran deme ni tak yah tengoklaaaa
Quote pinkzara 1-2-2023 08:51 AM
bondeh replied at 1-2-2023 01:50 AM
Nadiya Nisa tuh laku sebab Dira stop berlakon. Kalau jenis cerita2 gini Dira tuh yang sesuai daripad ...

masa adam dan hawa dulu ok. skrg mcm tak berkembang wataknya. lontaran dialog pun lemau.
Quote umbut 1-2-2023 08:55 AM
Tiap kali tertengok drama melayu rasa geli scene acah2 romantik cam nak romen
Quote sleepandream 1-2-2023 09:27 AM
dpt box office 100 jota pun iols tak heran dahla...
mat kilau tu is the biggest scam of social media
Quote sambaldurian 1-2-2023 10:23 AM
umbut replied at 1-2-2023 08:55 AM
Tiap kali tertengok drama melayu rasa geli scene acah2 romantik cam nak romen

Betul tu, klu citer melayu semacam je.aku baru beli iqiyi, tgk preview rampas cintaku. Ui seram babak yg awal2 start preview tu , nk menunjukkan scene kelamin tu , tangan pegang bantal , cadar putih pun rs seram. Ke sebab tgk kt smart tv dgn mak aku. So rs awkward nye la. Klu tgk citer thai ke, rs x seram sgt. Rs sebab tgk sorg2 kt phone tu. Nk ulang2 bnyk kali pun xpe.
Quote imanda 1-2-2023 01:08 PM
kalo i paling nyampah scene meneran nk beranak.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047791 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top