CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Mayat Manusia, Ada Bungkusan Pocong Je Dalam Kubur

28-1-2023 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1405| Komen: 5

Description: JAKARTA – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan bungkusan berbentuk ‘pocong’ di dalam beberapa kubur yang digali semula di Cianjur, Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com.
JAKARTA –  Orang ramai dikejutkan dengan penemuan bungkusan berbentuk ‘pocong’ di dalam beberapa kubur yang digali semula di Cianjur, Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com.

Kubur-kubur itu tidak mengandungi mayat manusia, tetapi sejumlah objek yang dibalut menggunakan kain kafan untuk ritual ajaran sesat.


Gambar memaparkan penemuan ‘pocong’ itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Setelah diperiksa, kain kafan itu hanya mengandungi senjata tajam dan skru.

Foto: Agensi

Berdasarkan akaun itu, pemilik kubur tersebut merupakan pasangan suami isteri bernama AS dan SK. Kira-kira enam kubur dirobohkan di dua kampung di Daerah Leles, Cianjur, Jawa Barat.

Kes itu terbongkar selepas penduduk mengesyaki sepasang suami isteri telah memindahkan salah satu kubur ke kampung lain.

Salah satu kubur didakwa mengandungi mayat anak pasangan itu yang meninggal dunia akibat keguguran.


Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hapuskan syirik, syirik adalah dosa yang paling besar dan tentunya mengundang kemurkaan Allah,” komen seorang netizen.

“Zaman sudah maju, tetapi pemikiran manusia masih belum berkembang,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-1-2023 04:37 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote sharlenetexas 28-1-2023 04:46 PM
Dah agak dah kat indon.


Quote dani-rox 28-1-2023 06:55 PM
kalau hantu pocong dlm gambar kak kaki boleh dpt royalti, lama dah heshe kaya. bole pasang marmar itali kat kubur
Quote Tinot7 28-1-2023 08:41 PM
Ritual apa deme buat?
Quote mojarean_X 28-1-2023 09:59 PM
Hmmm...bole jd adaptasi citer seram Indon

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.299415 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top