CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Batal Kahwin, Larikan Diri Dari Majlis Sebab Bakal Suami Lemah Matematik

28-1-2023 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1771| Komen: 22

Description: Bakal pengantin perempuan di Uttar Pradesh, India melarikan diri dari majlis perkahwinan dan tamatkan hubungan serta-merta selepas mendapat tahu bakal suaminya lemah matematik.
Bakal pengantin perempuan di Uttar Pradesh, India melarikan diri dari majlis perkahwinan dan tamatkan hubungan serta-merta selepas mendapat tahu bakal suaminya lemah matematik.

Wanita itu yang dikenali sebagai Rita Singh berasal dari Farrukhabad di Utara India mengambil tindakan sedemikian selepas melihat suaminya tidak mampu mengira wang kertas dengan betul.


Sebelum kejadian, sami yang akan melangsungkan upacara perkahwinan itu memberitahu keluarga pengantin perempuan bahawa lelaki yang akan dikahwini anak mereka mempunyai perangai pelik.


Gambar Hiasan

Perangai yang di luar norma itu menyebabkan Rita mempersoalkan kewarasan akal bakal suaminya.

Demi menguji kecerdasan minda lelaki terbabit, keluarga pengantin perempuan memintanya untuk mengira 30 helaian wang kertas nilai 10 Rupee dan dia gagal untuk melaksanakannya.

Selepas disiasat, ternyata lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental yang tidak dimaklumkan kepada keluarga pengantin perempuan sebelum perkawhinan.


Abang kepada Rita, Mohit mengakui mereka berasa seperti dikhinati dan ditipu mengenai perkara itu sehingga mereka akhirnya memutuskan untuk membatalkan perkahwinan tersebut.

"Perkahwinan dilangsungkan di atas kepercayaan antara satu sama lain.

"Pengantara yang memperkenalkan lelaki itu kepada adik saya juga merupakan seorang saudara yang rapat dengan kami.

"Bila jadi macam ni, lelaki tu nak kira duit kertas pun tak boleh, adik saya Rita memang tak mahu teruskan selepas dapat tahu tentang keadaan bakal suaminya," kata Mohit kepada media tempatan. -CARI

Sumber: mStar/ India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 28-1-2023 04:44 PM
@mbhcsf

mohon beri sepatah dua kata kata alunan....
Quote sharlenetexas 28-1-2023 04:45 PM
Basic maths pun fail.


Quote downiey 28-1-2023 04:55 PM
naseb xjadi kawenn yachhh
Quote Buritan 28-1-2023 05:55 PM
Nape mbhsf.. aku keliru
Quote stingergrumpy 28-1-2023 06:01 PM
Buritan replied at 28-1-2023 05:55 PM
Nape mbhsf.. aku keliru

Simple logik...sampai skg masih tak berlaki sebab semua yg approach dia yg fail basic maths.....yg dia berkenan semua laki org.....

How...ko ada solution keww utknya burit?

Aku ghisau ler.....age is catching up with her....dgn semputnya lagi...dok bersendirian..berjauhan dgn keluarga mak ayah....aku tak boleh ler lihat keadaan macam ini...cepat jatuh empathy.....
Quote Buritan 28-1-2023 06:03 PM
stingergrumpy replied at 28-1-2023 06:01 PM
Simple logik...sampai skg masih tak berlaki sebab semua yg approach dia yg fail basic maths.....yg ...

Ape kata ko kawin jah dgn dia.. mana tau dia cntik kaya pndai.. huntung ko..
Quote stingergrumpy 28-1-2023 06:04 PM
downiey replied at 28-1-2023 04:55 PM
naseb xjadi kawenn yachhh

greentea dan pasangan yg both do F math pun kawen berkecai....kes perceraian makan bertahun utk penyelesaian ...iteww semua simple math je pun took so long...harta sekangkang kera...apa yg susah nah nak kira?

Kheunz?


Kahkahkah
Quote matchstick 28-1-2023 06:05 PM
Ni bukan lemah math..mcm oku slow learner sbb tu pompuan tu taknak
Quote stingergrumpy 28-1-2023 06:08 PM
Buritan replied at 28-1-2023 06:03 PM
Ape kata ko kawin jah dgn dia.. mana tau dia cntik kaya pndai.. huntung ko..

Kalo negara kita dah halalkheun kawen sesama pepekz...aku takda hal.....

Darnnnnnn

Hal cantik pandai aku takda isu dgn dia....tapi dia ni banyak isu dalaman.....mystery banyak sangat  dia ni....


Kahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 28-1-2023 06:12 PM
matchstick replied at 28-1-2023 06:05 PM
Ni bukan lemah math..mcm oku slow learner sbb tu pompuan tu taknak


Eleh si TINOT7 kita iteww pun a late bloomer.....math dari darjah satu sampai kemenengah madang fail je......tengok skg....boleh bawak mak dia jln jln cari pasal ke paris semua tau....ko sebut pasal currency rate conversion...sekelip mata je.....dia jawab....

Oh ye...tapi dia masih tak berlaki...aku lupa....

Kahkahkahkah
Quote Buritan 28-1-2023 06:12 PM
stingergrumpy replied at 28-1-2023 06:08 PM
Kalo negara kita dah halalkheun kawen sesama pepekz...aku takda hal.....

Darnnnnnn

Lantaknyaa laaa mgkn dia stress.. kita mana tau.. mgkn dia perlukan kwn. Tulis baik baik udah
Quote stingergrumpy 28-1-2023 06:16 PM
Buritan replied at 28-1-2023 06:12 PM
Lantaknyaa laaa mgkn dia stress.. kita mana tau.. mgkn dia perlukan kwn. Tulis baik baik udah

Mana tak stresssnya?..yg acuan sama dgnnya...level kesarjanaan imperial college macam dia...semua dah beristeri beranak pinak....yg tinggal sisa sisa....semua gays....yg pompuan bijak pulak,  sikit2 bual takda hal lain pasal handbags harta berkoyan koyan...sedangkheun dia clarks sandal pakai dah 5 tahun koyak dia masih hantar cobbler...how?
Quote airfilterkotor 28-1-2023 06:32 PM
Ingatkan soklan math Harimau Oktagon Beta F1 dan F4.... Uttar Pradesh ghopernyerr.
Quote namr 28-1-2023 07:23 PM
ni mental sistur...byk org lemah matematik tp bab duit cekap dari pakar math
Quote buapakperut 28-1-2023 07:41 PM
Yass run girlll.. Jahat betul in law die tak bagitau anak die oku
Quote slyfynx 28-1-2023 08:19 PM
Tajuk clickbait.
Die tinggalkan sbb die syak ade mental problem
Bukan sbb lemah matematik.
Tp bile tgk TT sape...
Padan pun tulis camtu.
Jenis mmg x membaca
Quote Hoshhi 28-1-2023 08:36 PM
Tindakan yang bijak
Quote aechae 28-1-2023 08:57 PM
TT yg buka tred n letak tajuk tred pn mcm x berapa cerdik
Quote Skuau 28-1-2023 09:31 PM
Itu kalo...cari la suami yg pakar formula...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.123262 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top