View: 907|Reply: 5
|
Tak Ada Mayat Manusia, Ada Bungkusan Pocong Je Dalam Kubur
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan bungkusan berbentuk ‘pocong’ di dalam beberapa kubur yang digali semula di Cianjur, Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com.
Kubur-kubur itu tidak mengandungi mayat manusia, tetapi sejumlah objek yang dibalut menggunakan kain kafan untuk ritual ajaran sesat.
Gambar memaparkan penemuan ‘pocong’ itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Setelah diperiksa, kain kafan itu hanya mengandungi senjata tajam dan skru.
Foto: Agensi
Berdasarkan akaun itu, pemilik kubur tersebut merupakan pasangan suami isteri bernama AS dan SK. Kira-kira enam kubur dirobohkan di dua kampung di Daerah Leles, Cianjur, Jawa Barat.
Kes itu terbongkar selepas penduduk mengesyaki sepasang suami isteri telah memindahkan salah satu kubur ke kampung lain.
Salah satu kubur didakwa mengandungi mayat anak pasangan itu yang meninggal dunia akibat keguguran.
Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Hapuskan syirik, syirik adalah dosa yang paling besar dan tentunya mengundang kemurkaan Allah,” komen seorang netizen.
“Zaman sudah maju, tetapi pemikiran manusia masih belum berkembang,” komen netizen lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau hantu pocong dlm gambar kak kaki boleh dpt royalti, lama dah heshe kaya. bole pasang marmar itali kat kubur |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...bole jd adaptasi citer seram Indon |
|
|
|
|
|
|
| |
|