CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10168|Reply: 6

[Tempatan] Gara gara liat bayar sewa,kerajaan laksana kad akses untuk penghuni melepasi pondok pengawal dan juga menggunakan lif.

[Copy link]
Post time 2-2-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 2-2-2025 10:59 PM

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kad akses untuk program perumahan rakyat (PPR) akan diteruskan untuk memastikan kutipan sewa yang mencukupi.

Menteri Perumahan dan  Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,  keadaan itu juga dapat memastikan kemudahan PPR dijaga dan diselenggara dengan baik.

Beliau berkata, terdapat penghuni melanggan perkhidmatan TV yang berharga RM178 sebulan, tetapi tidak mahu membayar sewa berharga RM124.




“Oleh itu, mereka bukannya tidak berkemampuan, tetapi tidak mahu membayar,” katanya kepada China Press.

Kor Ming berkata, daripada 19,200 penghuni PPR di Johor, hanya 45 peratus yang membayar sewa atau yuran penyelenggaraan sebelum ini.

“Apabila kad akses dilaksanakan, peratusan penghuni yang membayar telah melonjak kepada 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata, PPR baharu akan melaksanakan sistem kad akses, manakala PPR sedia ada akan melaksanakannya selepas menukar lif baharu.

“Kementerian memperuntuk RM185 juta untuk 358 projek penyelenggaraan PPR dan kami mahu menukar lebih 100 buah lif yang ada.

“Semua lif ini akan mempunyai sistem kad akses,” katanya.

Menurutnya, penghuni perlu menggunakan kad akses untuk melepasi pondok pengawal dan juga menggunakan lif ke aras mereka

“Jika tidak membayar yuran penyelenggaraan sebanyak tiga bulan, maka kad akses tidak akan berfungsi,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tp kalau byr sewa, tuan rumah yg xbyr bank mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat penang dah wat lama.. cam dah berkurun gak le
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah buat camtu.
Takdela isu tunggakan maintenance beribu2.
Pastu lif rosak, koridor penuh sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti subsidi.. begitu lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada gak rasa nak ambil tindakan yg perlu. Selama ni bela sgt deme2 ni tau la byk yg dpt msk krn tettttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 12:36 AM | Show all posts
Nasib baik di Malaysia ada Nga Kor Ming
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038323 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list