CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo Dihadiahkan Jam Tangan RM3.3 Juta Kerana Berpindah Ke Arab Saudi

28-1-2023 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1151| Komen: 11

Description: LONDON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dianugerahkan seutas jam tangan unik bernilai £630,000 (RM3.3 juta) sebagai pengiktirafan atas perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr, l ...
LONDON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dianugerahkan seutas jam tangan unik bernilai £630,000 (RM3.3 juta) sebagai pengiktirafan atas perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr, lapor portal berita MailOnline semalam.


Penyerang itu telah menyelesaikan perjanjian bernilai £175 juta (RM916 juta) setahun untuk berpindah ke Asia Barat bulan ini, dua bulan selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan selepas temu bual yang mengejutkan kelab itu dengan pengacara popular Britain, Piers Morgan.

Ronaldo, 37, dihadiahkan dengan jam tangan Jacob and Co yang bernilai tinggi untuk meraikan perpindahannya ke kelab itu.


Foto: IG

Jam tangan itu bertemakan Arab Saudi dan dihiasi  warna hijau tua untuk mewakili bendera negara dan agama utamanya, Islam. Ia mempunyai 338 batu permata yang sangat jarang ditemui dan tertanam di dalamnya serta emas putih seberat 18 karat.


Jam mewah itu memiliki saiz 47 milimeter (mm) kali 15.85mm bersama tali kulit hijau buaya.

Bekas bintang kelab bola sepak Real Madrid dan Juventus itu turut mempamerkan jam tangan tersebut yang dihasilkan daripada 216 komponen berbeza, 27 permata serta dalam catatan Instagramnya. 

Berbanding zamrud iaitu batu berharga hijau tradisional, jam tangan itu mengandungi tsavorite, iaitu batu lut sinar paling mahal yang lebih berkilauan berbanding zamrud dan berharga tinggi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -Suri- 28-1-2023 04:23 PM
Untung badan
Quote eizarz 28-1-2023 05:27 PM
jam pun harga juta2…marhaen sampai mati pun tk dpt nk saving jumlah tu…
Quote mejaputih 28-1-2023 06:30 PM
Jap iols ke yg bengap sampai tertanya2 siapa yg bg?
Quote batu kikir 28-1-2023 08:18 PM
22 lelaki dan 1 bola.
Manusia sanggup berhabis kerana permainan bodoh ni
Quote Punat_button 28-1-2023 10:04 PM
eizarz replied at 28-1-2023 05:27 PM
jam pun harga juta2…marhaen sampai mati pun tk dpt nk saving jumlah tu…

saper suruh uols kaki bangku

- Christiano Ronaldo


Quote soretos 28-1-2023 10:39 PM
Bertuah dia kan..lagi bertuah kalau dia dapat hidayah masuk Islam...
Quote hyie 28-1-2023 11:24 PM
sentap kak mah baca ni tau
Quote babyshun 29-1-2023 12:03 PM
untung ler badan
Quote Paiya 29-1-2023 12:10 PM
sama ja fungsi dengan jam harga RM120.00
iaitu nak tahu masa
-kata aku yang jelos
Quote mekfazura 29-1-2023 12:23 PM
SEPATUTNYA PAK ARAP KHALIFAH NI HANTAR ANAK DARA MASING2 UNTUK DI ZINA OLEH RONALDO...KOT KOT DAPAT REZEKI ANAK BERDNA MCM RONALDO BOLEH POPULAR NEGARA MEREA DALAM ARENA BOLA SEPAK  SEKALI GUS DAPAT PENGHORMATAN DUNIA... BODOH BETUL ARAB NI MASIH JAHILIYAH
Quote grouper 29-1-2023 12:34 PM
Klau dah kaya mmg senang nak jadi lagi kaya...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.182980 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top