CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Kapak Kepala Isteri Sembang Sembang Dan Gelak Dengan Lelaki Lain

28-1-2023 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 769| Komen: 2

Description: JAKARTA – Seorang suami sanggup mencederakan kepala isterinya dengan menggunakan sebilah kapak kerana cemburu buta di Kabupaten Tangerang, lapor portal berita merdeka.com.Menurut kenyataan pegawai po ...
JAKARTA – Seorang suami sanggup mencederakan kepala isterinya dengan menggunakan sebilah kapak kerana cemburu buta di Kabupaten Tangerang, lapor portal berita merdeka.com.

Menurut kenyataan pegawai polis Tangerang, Zain Dwi Nugroho, berikutan itu si isteri mengalami kecederaan serius di kepala, lengan dan jari manis kirinya putus.


Setelah mendapat laporan tindakan kekerasan ke atas seorang isteri, anggota-anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menangkap si suami dan menurut Zain, barang bukti yang dirampas ialah sebilah kapak, pisau dan gunting daripada tangan pelaku.

Foto: IG

Selepas menyerang isteri, si suami bertindak mencederakan diri sendiri dengan menggunakan pisau dan gunting sebelum menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, portal berita BantenNews.co.id melaporkan kejadian tersebut berpunca daripada tindakan isterinya yang ketawa sambil berbual dalam ruangan sembang dengan seorang lelaki lain. 


Menurut Zain, si suami itu akan didakwa kerana melakukan keganasan rumah tangga. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 28-1-2023 05:01 PM
kenapa dia xcederakan diri balik pakai kapak tu?
Quote primarikey 28-1-2023 05:29 PM
Isteri punnn...gedikkkk
Duk sembang dgn lelaki lain buat ape
Dh tau laki kuat cemburu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058075 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top